Wednesday, January 28, 2009

Kajian Mendalam Penderitaan Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

Kaunselor Misi Pemerhati Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Nadya Rasheed, membentangkan kepada PBB satu kajian mendalam berkenaan situasi yang dihadapi oleh wanita-wanita Palestin yang hidup di bawah pendudukan Israel.

Kenyataannya adalah berdasarkan kepada satu perbahasan Jawatankuasa Sosial, Budaya dan Kemanusiaan Perhimpunan Agung PBB yang membincangkan dalam agendanya berkenaan kemajuan wanita.

Rasheed berkata sepanjang enam tahun, kesemua sektor masyarakat Palestin di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur, telah mengalami penderitaan akibat daripada tindakan kejam yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Israel.

Beliau menyatakan bahawa mana-mana siasatan atau analisa berkaitan keganasan terhadap penduduk Palestin akan mendedahkan satu situasi menjijikkan di mana hak-hak kemanusiaan mereka ditindas dan dilanggari dengan begitu serius oleh kuasa pendudukan tersebut, memijak maruah mereka dan mengawal hampir setiap aspek dalam kehidupan mereka.

“Sepanjang waktu ini, kuasa pendudukan tersebut terus menerus membunuh, mencedera dan melukakan penduduk awam Palestin, termasuklah wanita dan kanak-kanak, memusnahkan rumah-rumah, harta benda, infrastruktur penting dan kawasan tanaman, merampas tanah, membina tembok pemisah, membina dan memperkembangkan penempatan-penempatan dan memintas jalan-jalan,” beliau berkata, “ menangkap, menahan dan memenjarakan beribu-ribu penduduk Palestin, dan menyebabkan kemerosotan yang lebih dahsyat kepada keadaan ekonomi dan sosial penduduk Palestin yang sememangnya sudah teruk dengan menambahkan lagi bebanan sekatan ke atas pergerakan, termasuk bantuan perubatan dan kemanusiaan, di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur.”

Rasheed menekankan bahawa tiada satu hari mahupun satu minit berlalu – ketika mana Israel, kuasa yang menduduki Palestin, tidak dengan sengajanya terlibat di dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan dan hak-hak asasi manusia di jajahan Palestin yang diduduki, terutamanya di Semenanjung Gaza.

Kaunselor Rasheed memberitahu bahawa wanita Palestin telah menanggung keperitan sebenar polisi haram Israel dan dengan itu realiti seterusnya bagi mereka adalah merupakan serangan ke atas gangguan dan penghinaan, keganasan dan ketakutan, dan hukuman dan diskirminasi yang kejam ddan berterusan.

“Akibat daripada beberapa pelanggaran hak-hak asasi manusia yang disebutkan di atas, misalnya pemusnahan rumah, wanita yang secara tradisionalnya adalah tenaga utama di rumah, menjaga anak-anak dan menguruskan urusan domestik di dalam rumah, tiba-tiba mendapati bahawa pusat kehidupan mereka selama ini diambil dari mereka,” beliau menekankan.

Rasheed mendedahkan lagi bahawa wanita Palestin mendapati mereka sendiri bergantung kepada kebajikan daripada saudara-mara atau organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyediakan makanan dan tempat berlindung untuk anak-anak mereka.

Beliau turut memaklumkan kepada semua akan situasi kehidupan penduduk Palestin berkenaan sekatan pergerakan dan barang-barang Palestin, termasuklah pembebanan lebih daripada 600 unit kawalan di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, telah melumpuhkan ekonomi Palestin, mengakibatkan kampung-kampung dan bandar menjadi seperti penjara yang terasing.

“Sekatan sebegini bukan sahaja telah menjadikan mereka seumpama tahanan, malah telah menyebabkan banyak kematian para wanita dan kanak-kanak Palestin. Satu daripada kesan sekatan ini yang sangat mengerikan ke atas wanita Palestin: wanita-wanita mengandung dipaksa melahirkan anak di unit-unit kawalan tentera,” kata beliau.

Rasheed menekankan bahawa wanita Palestin berhadapan dengan keadaan yang amat teruk, seringkali terpaksa bersalin di dalam kereta atau sebagaimana yang pernah diberitahu oleh seorang wanita Palestin, “Di dalam semak, bersama debu-debu, tidak ubah seperti seekor binatang.” Sejak September 2006, sekurang-kurangnya 69 wanita Palestin telah mengalami keadaan yang dahsyat ini.

“Banyak para ibu dan anak-anak mereka menderita akibat daripada komplikasi, termasuk kematian. Sebagai tambahan, kesan psikologikal ke atas wanita Palestin tidak wajar dipinggirkan, kerana kisah dan pengalaman traumatik yang dialami oleh wanita mengandung yang melalui unit-unit kawalan adalah diketahui ramai,” katanya lagi.

Kaunselor Rasheed mengesahkan bahawa setiap kali kuasa Israel bertindak sedemikian terhadap seorang wanita mengandung, ianya adalah satu kesalahan undang-undang antarabangsa kerana tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini sangat bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang telah digubal di dalam Konvensyen Geneva Keempat dan Peraturan The Hague, yang boleh digunakan untuk jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur, dan yang juga merupakan satu obligasi kepada Israel selaku kuasa yang menjajah.

Siapa Yahudi? Siapa Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak ‘berkuasa’ lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Thursday, January 22, 2009

12 Kejahatan Yahudi

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.”

2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.”

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”

4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.”
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.”

6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
“(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”

9. Menyembah patung sapi. (QS.2: 51 dan 92)
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).”
“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.”

10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.”

11. Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar –”

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
”Mereka (Menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu”.”

Wednesday, January 21, 2009

Rabbi Yahudi: Kami Berhak membunuh walau sejuta rakyat Palestin!

Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Akbar di Saudi, Al-Watan yang disiarkan, Sabtu lepas, seorang Rabbi Yahudi-Zionis telah mengeluarkan kenyataan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan yang mengerikan itu bagi mereka yang sudah melakukan kejahatan pembantaian terhadap orang Palestin.

Menurut akhbar Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa pembantaian Israel di Jalur Gaza amat sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap pembantaian seperti itu sebagai: ” Bentuk hukuman kepada musuh”.
Dalam kesempatan itu, pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa tidak akan ada masalah sama sekali dalam hal pembantaian terhadap orang Palestin ,bahkan jika satu juta atau lebih dari mereka terbunuh di tangan pasukan pendudukan Israel, itupun tidak ada masalah, ujar Rabbi itu.

Rabbi, Mordachi Elyaho, yang mengutip ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionist, dan Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, yang berisi artikel yang memungkinkan orang-orang Yahudi, melaksanakan gagasan besar , tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.

“Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggungjawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam” kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert. Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan serangan ganas militer ke Gaza. Ini kerana menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : “Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah”.
Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya adalah wajar.

Mengutip sebahagian dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : “Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10.000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palestin “, tegas Rabbi Sholomon

Dalam Mazmur mengatakan: ” Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis “, menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zionis-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuhi orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. Ini sudah menjadi keyakinan mereka.

Sunday, January 18, 2009

SIAPA AKU ???

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


Thursday, January 15, 2009

Mitos Israel

Israel adalah sebuah entiti ‘haram’ yang mengamalkan ideologi pengembangan atau penjajahan (expansionist). Ia tidak pernah mengisytiharkan sempadan daerahnya dan berkeras untuk tidak melakukannya. Oleh yang demikian, penduduk Palestinlah yang akan menjadi mangsa kerana tidak ada seincipun tanah milik mereka yang selamat daripada diambil alih oleh Israel.

Untuk menyembunyikan kesalahan dan jenayah yang dilakukan, mereka mencipta banyak ‘fakta’ palsu, mengubah fakta sejarah tertubuhnya negara Israel dan ‘fakta-fakta’ ini disebarluaskan di dalam buku-buku teks sekolah dan pelbagai saluran lain. Banyak mitos telah timbul akibat usaha ini dan ianya diguna secara meluas oleh mereka yang simpati dengan Israel sebagai alasan untuk meng’halal’kan tindakan Israel.

mitos 1:
Palestin adalah tanah tak berpenghuni sebelum 1948

“Satu kawasan tak berpenghuni untuk mereka yang tiada tempat menghuni” – Israel Zangwill

Kalimat tersebut menjadi kata-kata keramat bagi meyakinkan orang-orang yahudi supaya berpindah ke penempatan Zionist di Palestin. Sehinggalah tahun 1904 apabila Zangwill menyedari tentang kesilapannya. Di dalam ucapannya di New York, beliau menyatakan:

” Terdapat.. satu permasalahan besar yang tidak berani disentuh oleh Zionist.. bumi Palestin telahpun mempunyai penghuni. Bandar Jurusalem mempunyai dua kali ganda kepadatan penduduk berbanding Amerika Syarikat, dengan 52 penduduk bagi setiap batu persegi, dan orang Yahudi tidak lebih daripada 25 peratus.” - Israel Zangwill

mitos 2:
Zionist punya hak dari segi sejarah/agama terhadap bumi suci (Holy Land)

Fakta:
Yahudi Ortodoks percaya bahawa ajaran Taurat hanya membenarkan kepulangan ke bumi Palestin melalui bantuan langit (ketetapan Tuhan). Usaha manusia untuk menubuhkan kembali negara Israel adalah dikira bertentangan dengan ajaran agama (haretic) dan ramai rabbi yahudi ortodoks mengutuk Theodore Herzl dan Zionisme secara terbuka.

mitos 3:
Zionisme dan Judaisma (Agama Yahudi) adalah sama

Fakta:
Theodore Herzl (pengasas Zionisme) bukanlah orang yang beragama, dan Zionisme merupakan doktrin nationalis yang terpisah sepenuhnya daripada agama. Sebahagian petikan daripada dairinya termasuk yang berikut:

‘.. Aku tidak mengikut kehendak agama..’ (Theodor Herzl: Dairies, Victor Gollanz, 1958)
‘.. Aku tak beragama (agnostic)..’ (p54 Theodor Herzl Dairies, passim)
‘.. Bagi aku, persoalan yahudi bukanlah persoalan sosial maupun agama.. ia adalah persoalan kebangsaan.. Palestin adalah bumi bersejarah kita yang tak dapat kita lupakan.. namanya sahaja cukup berkesan sebagai mewakili suara orang-orang kita.’

[Herzl, L'Etat Juif, p.209]

mitos 4:
Israel mendakwa dalam tahun 1948, penduduk palestin meninggalkan kediaman mereka secara sukarela dan pemimpin Arab menyeru penduduk berbuat demikian melalui siaran radio.

fakta:
Wartawan daripada Ireland menyiasat dakwaan ini dan mendapati ianya tidak berasas sama sekali. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan stesyen radio Zionist membuat siaran di dalam bahasa Arab menyuruh penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. [The Spectator, 12 Mei 1961]

Pengganas Zionist bertanggungjawab keatas pembunuhan beramai-ramai dan kekacauan yang menakutkan penduduk sehingga ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 dan 10 April 1948 telah dirakamkan dengan terperinci. Berita pembunuhan ini disebarkan secara meluas untuk menakut-nakutkan penduduk yang masih belum meniggalkan kediaman. Strategi Zionis berjaya dan ribuan penduduk Palestin mula meninggalkan kediaman dan harta benda mereka - dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang.

mitos 5:
Israel dijajah oleh orang Palestin

fakta:
Penggunaan terminologi ‘teroris’ dan ‘militan’ secara sengaja digunakan untuk merujuk kepada pihak Palestin dan ‘autoriti’ dan ‘askar’ digunakan untuk merujuk kepada pihak Israel telah berjaya mengelirukan ramai orang di dunia tentang hakikat konflik yang sebenar.

Satu kajian pada tahun 2004 oleh Universiti Glasgow mendapati ramai orang British mempercayai, berdasarkan laporan berita, bahawa orang Palestinlah yang menduduki Israel. Dalam tahun 2006, sebuah akhbar melaporkan bahawa Israel diduduki oleh orang Palestin, menunjukkan betapa ceteknya kesedaran umum tentang isu.

Adalah jelas Israel menduduki tanah Palestin. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 446, 465 dan 484, antara lain, menetapkan Tebing Barat, Jurusalem Timur dan Gaza sebagai tanah jajahan dan peruntukan di bawah Konvensyen Geneva ke-empat bagi tanah jajahan adalah terpakai. Tambahan lagi, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) semasa membuat keputusan berkaitan pagar pemisah, menetapkan bahawa Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jurusalem Timur adalah sebuah tanah jajahan.

Mitos 6:
Arab memulakan perang 1967

fakta:
“Konsentrasi tentera Mesir di perbatasan Sinai bukanlah bukti Nasser [Perdana Menteri Mesir] benar-benar akan menyerang kita. Kita mestilah berlaku jujur sesama kita. Kita membuat keputusan untuk menyerang dia.” - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel, Jun 1967

“Kita menghantar traktor pembajak ke kawasan yang tidak ada apa-apa di zon bukan militer (demilitarised area), dan kita sedar Syiria akan mula menyerang, sekiranya mereka tidak menyerang, kita akan arahkan traktor untuk terus maju, sehinggalah mereka rasa tergugat dan mula menembak. Kemudian kita akan menyerang balas menggunakan artileri dan juga tentera udara, dan itulah yang sebenarnya.”
- Moshe Dayan, Menteri Pertahanan semasa Perang 1967
- The New York Times, 11 Mei 1997

mitos 7:
Kritikan terhadap Israel/Zionist adalah anti-Semitik

Fakta:
Anti-Zionisme sering kali disamakan dengan anti-Semitik oleh penyokong Israel yang ingin menutup mulut pengkritik Israel, walau bagaimana benar sekalipun. Sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan Israel dan mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia akan dilabel dan dituduh sebagai anti-Semitik.

Hakikatnya, anti-zionisme adalah penentangan terhadap Zionisme sebagai gerakan politik antarabangsa yang ingin menubuhkan negara Yahudi secara eksklusif di bumi Palestin. Sifat negara tersebut adalah diskriminasi dan perkauman terhadap semua yang bukan berbangsa Yahudi, terutamanya kepada penduduk asal Palestin. Ramai para anti-Zionist menyokong kewujudan satu negara yang didiami oleh semua orang di sana, baik dari Israel atau Palestin tanpa diskriminasi.

Definisi anti-Semitik mengikut New Oxford Dictionary of English sebagai;

Semite: mereka yang bercakap bahasa Semitik, termasuk bangsa Yahudi dan Arab

Berasal daripada Latin moden, Semita melalui Latin yang asal daripada Greek Shem, anak nabi Nuh (as) di dalam Bible, dimana mereka ini dipercayai keturunannya.

Semitik: 1. berkaitan dengan atau merujuk kepada serumpun bahasa yang termasuk di dalamnya Hebrew, Bahasa Arab, dan Aramaic dan sebahagian bahasa kuno seperti Phonecian dan Akkadian, yang termasuk sebahagian daripada daripada rumpun Afro-Asiatic.

Semitik: 2. berkaitan dengan atau merujuk kepada orang yang menggunakan bahasa berikut; terutamanya Hebrew dan Bahasa Arab.

Adalah jelas bahawa Anti-Zionist dan anti-Semitik adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Anti-Semitik adalah sesuatu yang terkutuk tanpa pengecualian, namun anti-Zionist adalah satu posisi yang dibolehkan

Wednesday, January 14, 2009

Bangkitlah Bangsaku....Harapan Itu Masih Ada!

Negara Haram Yahudi

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama. ALLAHUAKBAR!

Saturday, January 10, 2009

Siapa Bangsa Israel?

Mungkin kita sudah tidak asing lagi dengan nama Israel. Terutama setelah penyerangan besar-besaran. Sebenarnya siapa bangsa Israel itu?

Nama Yahudi barangkali diambil dari Yehuda. Yehuda adalah salah seorang putra nabi Yakub (Kejadian 29: 22) yang kemudian hari dijadikan nama salah satu kerajaan Israel yang pecah menjadi dua, setelah Solomon (Sulaiman) meninggal (1 Raja-Raja 12). Sedangkan nama Israel adalah nama yang diberikan Tuhan kepada Yakub, setelah Yakub memenangkan pergulatan melawan Tuhan (Kejadian 32:28). Kerana dosa-dosanya yang sudah tidak termaafkan lagi, bangsa Israel ini dihukum oleh Tuhan dengan menghancurkan kerajaan yang mereka miliki (2 Raja-Raja 17:7-23).

Bangsa Yahudi sangat terobsesi oleh kitab suci mereka, bahawa hanya merekalah satu-satunya bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia ini. Bukankah Tuhan juga yang menyatakan kepada nenek moyang mereka Ibrahim, bahawa dari keturunan Ibrahimlah Tuhan akan menurunkan raja-raja didunia ini. Bagi mereka, keturunan Ibrahim hanyalah anak cucu yang lahir dari Sarah, isteri pertama Ibrahim, sehingga keberadaan Ismael anak sulung Ibrahim dari Hajar, dianggap tidak ada. Atas kecongkakkan dan kesombongan ini, Tuhan murka kepada bani Israel. Beratus-ratus tahun mereka menjadi warga negara kelas kambing yang tertindas di negeri Firaun. Setelah Musa berhasil membawa mereka keluar dari Mesir, bangsa Israel sempat mempunyai kerajaan yang dibangun oleh Daud dan mencapai masa keemasannya ditangan Solomon. Kerajaan yang kemudian pecah menjadi dua kerana perebutan anak-anak Solomon, lalu menjadi lemah dan akhirnya mereka dijajah oleh Firaun Nekho (2 Raja-Raja 23:31-35). Diusir sebagai orang buangan oleh Nebukadnezar bangsa Babilonia (2 Raja-Raja 25:1-21). Dijajah oleh Romawi. Dimusnahkan oleh Nazi, Jerman. Kesemuanya itu adalah hukuman Tuhan, kepada bangsa yang oleh Jesus (Isa al Masih) disebut sebagai keturunan bangsa ular beludak (Matius 23:33). Hukuman tersebut tidak membuat mereka insdaf, dan bertaubat. Malah menjadikan dendam kesumat dihati bangsa ini untuk melawan Tuhan, Allah Maha Pencipta.

Kecongkakkan mereka dengan menganggap diri sebagai bangsa pilihan Tuhan satu-satunya yang berhak memerintah dunia ini, membuat mereka dengan sombongnya bersumpah, untuk memerangi agama lain selain agama mereka dengan segala cara, persis ketika Iblis bersumpah kepada Tuhan untuk memperdayai anak cucu Adam, sampai dunia kiamat nanti. Tuhanpun memperingatkan umat Islam, melalui Al-Quran untuk berhati-hati terhadap tipu daya Yahudi ini.

Pegangan mereka adalah kitab Talmud. Yang merupakan kitab syaitan, kerana sangat jauh menyimpang, bahkan mungkin bertolak belakang dengan ajaran Taurat.

Nabi Daud AS, yang juga raja, menaklukkan bukit Zion yang merupakan benteng dari kaum Yabus. Nabi Daud AS tinggal di benteng itu dan diberinya nama: “bandar Daud” (Samuel II 5:7-9)

Sejak itu maka Zion menjadi tempat suci, dikeramatkan orang-orang Yahudi yang mereka percayai bahawa Tuhan tinggal di tempat itu: “Indahkanlah suaramu untuk Tuhan Yang menetap di Zion” (Mazmur 9:11).

Zionisme ialah gerakan orang-orang Yahudi yang bersifat ideologis untuk menetap di Palestin, yakni di bukit Zion dan sekitarnya. Walaupun Nabi Musa AS tidak pernah sampai menginjakkan kaki beliau di sana, namun orang-orang Yahudi menganggap Nabi Musa AS adalah pemimpin pertama kaum Zionis.

Untuk mencapai cita-citanya, Zionisme membangkitkan fanatisme kebangsaan (keyahudian), keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk sampai kepada tujuannya. Zionisme memakai beberapa tipudaya untuk mengurangi dan menghilangkan sama sekali penggunaan kata “Palestin”, yakni mengganti dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah bangsa Yahudi di negeri itu. Digunakanlah nama “Israel” untuk negara yang telah didirikan oleh mereka, sebab Zionisme di Palestin identitinya adalah kekerasan, kezaliman dan kehancuran. Kaum Zionis mengambil nama Israel adalah untuk mengelabui dan menipu orang ramai, bahawa negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Pada hal dalam hakikatnya secara realitinya tidaklah ada perbezaan sama sekali antara Israel dengan Zionisme. Israel sendiri berasal dari dua kata, isra mempunyai arti hamba, dan ell berarti Allah.

Protokol Zionisme adalah suatu konspirasi jahat terhadap kemanusiaan. Protokol berarti pernyataan jika dinisbatkan kepada para konseptornya, dan berarti laporan yang diterima serta didukung sebagai suatu keputusan jika dikaitkan pada muktamar di Bale, Switzerland, tahun 1897, yang diasaskan oleh Teodor Herzl.

Protokol-protokol itu yang sebagai dokumen rahsia disimpan di tempat rahsia, namun beberapa diantaranya dibocorkan oleh seorang warga Perancis yang beragama Kristian dalam tahun 1901. Dalam perjumpaan beliau dengan seorang pemimpin teras Zionis di rumah rahsia golongan Mesonik di Paris, beliau sempat melihat sebahagian dari protokol-protokol itu. Beliau itu sangat terkejut setelah membaca isinya. Ia berhasil mencuri sebahagian dari dokumen rahsia itu, yang disampaikannya kepada Alex Nikola Nivieh, ketua dinas rahsia Kekaisaran Rusia Timur.

Sebahagian kecil dari protokol-protokol Zionisme itu akan disampaikan seperti berikut:

1. Manusia terbahagi atas dua bahagian, iaitu Yahudi dan non-Yahudi yang disebut Joyeem, atau Umami. Jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni. Kaum Umami berasal-usul dari syaitan, dan tujuan penciptan Umami ini untuk berkhidmat kepada kaum Yahudi. Jadi kaum Yahudi merupakan pokok dari anasir kemanusiaan sedangkan kaum Umami adalah sebagai budak Yahudi. Kaum Yahudi boleh mencuri bahkan merampas harta benda kaum Umami, boleh menipu mereka, berbohong kepada mereka, boleh menganiaya, boleh membunuh serta memperkosa mereka. Sesungguhnya tabiat asli kaum Yahudi ini bukan hanya ada disebutkan dalam protokol dokumen rahsia Zionis tersebut, melainkan ini adalah warisan turun temurun sejak cucu Nabi Ibrahim AS dari jalur Nabi Ishaq AS ini mulai mengalami dekadensi (baca: busuk ke dalam), iaitu sepeninggal Nabi Sulaiman AS. Ini diungkap dalam Al Quran (transliterasi huruf demi huruf): QALWA LYS ‘ALYNA FY ALAMYN SBYL (S. AL ‘AMRAN, 75), dibaca: qa-lu- laysa ‘alayna- fil ummiyyi-na sabi-l (s. ali ‘imra-n), artinya: mereka berkata tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi (3:75).
2. Protokol Zionisme tentang faham jiwa-jiwa Yahudi dicipta dari jiwa Tuhan, hanya mereka sajalah anak-anak Tuhan yang suci-murni, sangatlah menyimpang dari syari’at yang dibawakan oleh Nabi Musa AS. Mereka yang menyimpang inilah yang dimaksud dengan almaghdhu-b, artinya yang dimurkai dalam Surah Al Fa-tihah ayat 7.
3. Protokol-protokol Zionisme itu merancang serangan pemikiran dengan menyebarkan fahaman-fahaman yang bermacam-macam. Fahaman yang mereka sebarkan berbeza dari masa ke masa. Suatu waktu memperkenalkan sekularisme kapitalisme, suatu waktu menyebarkan fahaman atheisme komunisme, kemudian dengan fahaman sosialisme. Untuk menebarkan pengaruh internasional, protokol-protokol itu antara lain berisikan perencanaan kewangan bagi kerajaan Yahudi Internasional yang menyangkut mata wang, pinjaman-pinjaman, dan bursa. Media surat kabar adalah salah satu kekuatan besar dan melalui jalan ini akan dapat memimpin dunia. Manusia akan lebih mudah ditundukkan dengan bencana kemiskinan daripada ditundukkan oleh undang-undang.

Saturday, January 3, 2009

Fakta: Kenali Palestin

1. Di manakah Palestin?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

2. Apakah istimewanya Palestin kepada umat Islam?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

* Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
* Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
* Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.
* Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
* Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
* Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

3. Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?

Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.

4. Siapakah penduduk Palestin ?

Bangsa berketurunan al-Kan?aniyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan’an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.

Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.

Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.

Ya Allah Bantulah Saudaraku Di Palestin


Di sini kita berjaga
Di sana mereka berjaga-jaga
Di sini kita menanti saat 12.00
Di sana mereka menanti setiap detik dan ketika
Di sini indah percikan bunga api menghiasi langit malam
Di sana kelabu kepulan asap memudarkan langit kelam

Di sini bertalu-talu dentuman mercun dan bunga api
Di sana bertubi-tubi bedilan peluru dan bom pemusnah
Di sini kita berteriakan kegembiraan, menangis kesukaan
Di sana mereka berteriak kegeraman, menangis kedukaan
Di sini kita ceria dalam menyemai azam baru
Di sana mereka menderita mengharapkan sinar dahulu

Di sini apa-apa pun kita boleh buat, lihat sahaja kepada pemuda-pemudinya TEWAS dikalahkan nafsu serakah diri semata
Di sana apa yang mereka perbuat, lihatlah para pejuang SYAHID menentang musuh laknatullah
Di sini bila kita nak sedar, bila kita nak taubat dan bila kita nak kembali??????
Di sini dan di sana banyak bezanya walaupun berakidah yang sama....

Sedarlah wahai kita yang di sini dan doakanlah mereka yang di sana
Kita di sini bantulah mereka yang di sana melalui pelbagai cara..

Sejarah Masjid Al-Aqsa

Baitul-Muqaddis-bumi para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.

aqsa-1900Akhirnya, pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai pembela keadilan dan tentera pembebasan. Prasyarat penerimaan pemerintahan Islam secara rasmi daripada penduduk Baitul-Muqaddis hanyalah ia perlu dirunding secara langsung dengan Khalifah Umar sendiri. Diceritakan bahawa kisah di sebalik prasyarat yang mudah ini ialah kerana pemimpin Nasrani Baitul-Muqaddis, Sophronius mendapati ciri-ciri pemimpin yang akan membuka dan membebaskan Baitul-Muqaddis daripada penguasaan empayar zalim, yang disebut di dalam kitab suci mereka (Zachariah 9, ayat 9-10) menepati sifat Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai pengamalan syirik dan kecurangan kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam. Setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul-Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Haram Asy-Syarif, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap. Beliau lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram Asy-Syarif dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam. Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini, maka dibinalah sebuah masjid yang dinamakan Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung. (Perlu diingatkan di sini bahawa Masjid Al-Aqsa yang dibina oleh Khalifah Umar ini bukanlah masjid yang disebut semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Sebenarnya, keseluruhan kawasan Haram Asy-Syarif adalah Masjid Al-Aqsa)

Namun demikian, suasana kegemilangan Islam di Baitul-Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099. Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci ini.

aqsaPemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan Islam. Setelah 88 tahun dijajah tentera Salib, pada tahun 1187 Masihi, Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul-Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.

Pada tahun 1948, degan bantuan kuasa-kuasa Barat, umat Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Pada tahun 1967, tentera Yahudi laknatullah telah berjaya mencerobohi Baitul Muqaddis Timur dan telah meratakan Maghribi Quarter. 2 masjid dan 135 rumah rakyat Palestin telah diruntuhkan meninggalkan 650 orang rakyat Palestin tanpa rumah kediaman. Namun, Masjid Al-Aqsa berjaya ditawan semula oleh umat Islam hasil perjuangan penuh komitmen umat Islam Palestin yang mempertahankannya. Dalam serangan ini, Gaza dan Tebing Barat juga berjaya ditawan oleh tentera Yahudi.

Dengan penguasaan Baitul Muqaddis Timur ini cita-cita Yahudi untuk membina semula Haikal Yahudi Kedua (The Second Temple) semakin menjadi kenyataan kononnya, hasil doa tak putus-putus seluruh umat Yahudi, ‘Semoga Haikal Kedua dibina ketika zaman kami.,’ selama hampir 1,900 tahun. Obsesi sesetengah umat Yahudi Ortodoks dengan cita-cita ini menyebabkan mereka dengan bongkak mula mengadakan upacara sembahyang Yahudi di dalam kawasan Haram Asy-Syarif Al-Quds, walaupun ditegah oleh Ketua Majlis Rabbi Yahudi sendiri. Atas premis tidak mahu mengundang masalah lebih buruk dengan umat Islam yang amat marah dengan tindakan provokatif ini, Peguam Negara Israel pada masa tersebut telah mengharamkan perbuatan itu pada tahun 1969.

Hanya empat bulan selepas itu, seluruh kawasan selatan Masjid Al-Aqsa pula mengalami kebakaran yang serius. Kebakaran itu dimulakan oleh seorang pelawat Yahudi Australia dan kejadian ini turut memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi apabila tentera Salib dihalau keluar daripada kota suci ini lebih 700 tahun yang lalu. Suatu ironi yang perlu menjadi renungan umat Islam sedunia.

Pada tahun 1981 pula, keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi apabila helikopter rejim itu telah sengaja diterbangkan pada altitud rendah sekitar kawasan Haram Asy-Syarif Al-Quds untuk menghalang dan mengganggu umat Islam beribadat di situ. Kemudian, umat Islam dikejutkan pula dengan pendedahan Kementerian Hal-Ehwal Agama Palestin tentang wujudnya terowong rahsia yang dibina oleh kaum Yahudi. Terowong ini dikatakan adalah ekskavasi arkeologi pengkaji-pengkaji Yahudi yang cuba membuktikan secara saintifik sememangnya Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak Haikal Yahudi Kedua mereka itu. Ekskavasi haram ini mendapat kritikan ramai kerana tindakan tersebut dibimbangi boleh merosakkan struktur Masjid Al-Aqsa. Walaupun resolusi PBB dikeluarkan mengecam tindakan rejim Yahudi ini, ekskavasi tetap diteruskan tanpa sekatan.

Pada Januari 1983, pengawal keselamatan di Haram Asy-Syarif Al-Quds telah menemui bahan peledak di pintu masuk Haram Asy-Syarif. Pada bulan yang sama, sekumpulan ekstrimis Yahudi bersenjatakan Uzi dan M16 sambil membawa bahan peledak telah ditahan ketika cuba memasuki kawasan Haram Asy-Syarif. Pada tahun 1984 pula, rejim Israel telah mengarahkan tenteranya untuk mengawal di kawasan Haram Asy-Syarif kononnya untuk menghalang sebarang ‘acts of terrorism’ di tempat suci itu. Majlis Tertinggi Islam Palestin telah menghantar petisyen kepada Perdana Menteri Israel untuk menghentikan tindakan itu yang menghina kesucian Haram Asy-Syarif dan sepertimana yang dijangka, keangkuhan rejim Yahudi itu mengatasi segalanya. Petisyen tersebut ditolak mentah-mentah.

Pada tahun 2000 pula, Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkak memasuki kawasan Al-Quds. Tindakan Perdana Menteri Israel yang mempunyai rekod buruk membunuh beramai-ramai wanita dan kanak-kanak Palestin di Shabra dan Shatilla telah membakar api kemarahan umat Islam dan seterusnya Intifadhah Kedua dilancarkan, namun tanpa kemenangan abadi buat Islam di bumi Palestin.

Sekiranya ditelusuri dengan mendalam pergolakan di Palestin dan Baitul-Muqaddis ini sejak zaman kekuasaan nabi-nabi terdahulu, terlalu banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan buat Islam seluruhnya. Kita dapat melihat setiap kali Islam yang menguasai bumi anbiya’ ini dipimpin oleh mereka yang teguh keimanannya kepada Allah, keamanan dan kedamaian pasti dikecapi oleh semua dan apabila kota suci ini dikuasai oleh pencurang-pencurang agama, ketidakadilan dan kekejaman bermaharajalela. Umat Islam harus bangkit mempertahankan kesucian Al-Aqsa dan maruah saudara-saudara seagama mereka dalam apa jua cara yang terdaya. Jangan dibiarkan maruah Islam dihina dan direndahkan!

Palestin Tanahairku




Dalam muktamar kelima Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah mengisytiharkan bahawa tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu bahagian darinya bererti pencerobohan terhadap keseluruhannya. Lantaran itu, tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang telah dicerobohi. Menyentuh isu Palestin yang hangat diperkatakan di seluruh dunia, maka marilah kita bersama merasakan tanggungjawab kita terhadap saudara seakidah kita di bumi Palestin sana. Saban hari dibedil dan diancam oleh Zionis. Bukan mereka minta untuk lahir dalam suasana yang sedemikian, namun inilah ujian untuk melihat kesatuan dan ukhwah ummat Islam seluruh dunia. Dengan penuh kerendahan hati, cuba kita tanya pada diri kita, benarkah kita ni muslim dan mukmin sejati? Pernah tak wujud walau secebis rasa dalam hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Anbiya’ ini.


Sewajibnya umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan berganding bahu dengan segala kekuatan yang dimiliki untuk merampas semula tanah yang diduduki oleh rejim Yahudi itu secara haram. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah berkata: ”Kita memperingatkan delegasi-delegasi Islam tentang tipu muslihat Inggeris, kewajipan mengembalikan hak-hak orang Arab secara keseluruhannya dan selepas itu kita akan memperhitungkan dengan pihak Inggeris di dalam negara-negara Islam yang telah dijajahnya dengan zalim. Apa yang diwajibkan oleh Islam ke atas para penduduknya serta kita ialah bersama-sama berusaha membebaskannya.”


Al-Banna pernah menyebarkan sebuah buku bertajuk “al-Nar wa al-dimar fi falastin (Api dan Kemusnahan di Palestin)”. Buku ini mempersembahkan gambaran-gambaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh British terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antara gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf al-Quran al-Karim serta memijak-mijak dengan kaki mereka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir lima puluh gambaran jenayah dan penyiksaan. Ini ketika zaman al-Banna. Tapi sudah hampir berpuluh tahun sejak zaman itu, Palestin sekarang tetap dijajah, tapi oleh rejim yang lebih ganas, tiada perikemanusiaan, dan penuh tipudaya.


Lihatlah…

Rakyat Palestin yang ditahan sebagai tawanan hari ini diseksa dengan cara yang lebih kejam dan mengaibkan. Bukan setakat lima puluh jenis seksaan, bahkan beribu seksaan yang dilancarkan oleh Zionis yang menduduki tanah Palestin terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru ini, Palestin terus dibedil tanpa rasa belas dan kasihan. Inilah peristiwa yang mengundang kemarahan umat Islam dunia. Namun, begitulah… Negara-negara jiran yang dahulunya pernah bersatu di bawah satu khilafah kini setelah berpecah, buat tak tahu je dengan jirannya yang dah lama hidup terseksa dan tertindas. Sekian lama, pemimpin negara-negara Arab terus bersekongkol dengan jahiliyah tanpa disedari akidah mereka sebenarnya telah lama diracun sehingga turut menghilangkan belas terhadap saudara seakidah bahkan negara jiran pula tu.


Kembali kepada kisah Al-Banna menyebarkan buku tentang Palestin. Pihak Inggeris telah menjadi marah terhadap Mesir dan mereka memberi amaran kepada kerajaan Mesir supaya menahan penyebaran buku ini serta menahan mereka yang bertanggungjawab menyebarkannya. Akhirnya ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dibanjiri oleh polis Mesir dan mereka menjumpai sebanyak lima puluh buku tersebut. Inilah dia, pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara Islam berada di bawah jari telunjuk kaum kuffar. Orang Islam sendiri menerima arahan dari jahiliyah untuk menghancurkan gerakan Islam yang murni.


Pegawai polis telah bertanya siapakah pemilik buku tersebut. Imam Hasan Al-Banna telah tampil dan berkata: “Akulah pemiliknya.”

Pegawai polis tersebut meminta Imam Hasan Al-Banna mengikutnya ke Pejabat Pendakwaan. Seterusnya berlakulah soal jawab bersama Al-Banna seperti berikut:

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu pemilik buku ini?”

Al-Banna: “Akulah pemiliknya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak mengetahui buku ini telah menyerang pelbagai kuasa dan membangkit perasaan marah rakyat terhadap negara jiran dan sekutu di dalam perjanjian?”

Al-Banna: “Aku mengetahui perkara itu. Aku memang bermaksud menentang kuasa-kuasa tersebut dan negara sekutu ini.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak tahu bahawa undang-undang akan mengenakan hukuman terhadap jenayah ini?”

Al-Banna : “ Ketahuilah, aku tidak akan menghalang jika aku dihadapkan ke mahkamah kerana aku mengakui jenayah ini dan bertekad melakukannya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan pun selesai menjalankan penyiasatan tersebut lalu kes diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pejabat Pendakwaan untuk mengadilinya. Al-Banna amat menyukai pengadilan kerana ia akan memberi peluang kepada beliau berhadapan dengan kehakiman dan media massa untuk disebarkan pendirian dan idea beliau. Ini dapat dikesan oleh agen-agen Inggeris berdasarkan nasihat ketua-ketua Inggeris mereka dan pemimpin Inggeris di Kaherah. Duta Inggeris telah berkata kepada Timabalan Pengarah Pejabat Pendakwaan selepas membaca hasil siasatan tersebut: Dengan laporan penyiasatan ini, kamu telah membuka satu peluang besar untuk al-Banna tanpa kamu sedari… Lelaki ini akan mampu mentertawakan kamu. Kitab telah pun disebarkan dan telah berada di tanagan orang ramai pada setiap tempat. Apa yang kamu lakukan tidak akan bernilai apa-apa berbanding apa yang telah diedarkan. Cita-cita lelaki ini ialah tampil ke muka pengadilan untuk dijadikan pentas mempertahan dirinya di dalam isu politik ini sebagai satu jalan untuk menyebarkan idea-ideanya, mencaci kita dan mengaibkan kita. Ia akan menyampaikan isi buku tersebut kepada pendengaran mereka yang tidak sampai maklumat tentangnya melalui akhbar-akhbar yang akan bersaing menyiarkan apa yang dikatakannya tentang isu tersebut sepertimana kebiasaaan akhbar dalam isu-isu politik…Laporan penyiasatan ini hendaklah disimpan dan Hasan Al-Banna hendaklah dibebaskan sekarang.


Lihatlah tekad dan wawasan al-Banna dalam mempertahankan isu tentang Palestin. Bersungguh-sungguhnya beliau kerana beliau memahami dan merasakan ikatan akidah antara dirinya dengan saudara-saudara seakidah di Palestin. Lantaran itu, beliau berusaha memberi kesedaran tentang kepentingan membebaskan Bumi Aqsa itu melalui pelbagai wasilah. Keikhlasan dan ketulusan hati Al-Banna terhadap hal ini sebenarnya dipandu oleh iman yang benar. Imanlah yang melahirkan ukhuwah dan rasa kecintaan terhadap saudara seakidah. Marilah bersama kita memuhasabah diri kita kembali. Selama berada di bumi aman ini, pernahkah kita berfikir untuk nasib saudara kita di sana? Kalau dah berfikir, setakat mana usaha semampu mungkin yang telah kita lakukan untuk menyumbangkan bantuan melalui apa cara sekalipun.? Ingatlah, langit tidak selalunya indah, malam tak selalu cerah…..Kadang-kadang malam suram tak berbintang….

Thursday, January 1, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Dengan izin Allah Yang Maha Esa, blog ini terwujud sebagai menyahut perjuangan saudara-saudara di Palestin yang semakin dizalimi oleh Yahudi laknatullah. Ayuh saudaraku sekalian, letakkan dihati anda bumi Palestin tercinta!