Monday, May 28, 2012

4 Hari Lagi Gaza Kehabisan Bahan Api

24 Mei 2012-Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa tentang bahaya sebenar yang sedang mengancam pesakit-pesakit di hospital kesihatan di Semenanjung Gaza, ini disebabkan kekurangan teruk bahan api - diesel - untuk menghidupkan semua unit operasi yang melibatkannya, dimana defisit telahpun mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu 88%.

Jurucakap kementerian Ashraf Qudrah berkata, "Krisis semakin meruncing terutama di semua bahagian pusat rawatan dialisis, unit rawatan rapi, pusat penjagaan jantung, pusat asuhan kanak-kanak kanak-kanak, bilik operasi, makmal dan jabatan radiologi. Beliau menjelaskan bahawa kesemua seksyen ini diancam akan terhenti kerja pada bila-bila masa sahaja, yang akan menyebabkan beribu-ribu pesakit di Semenanjung Gaza, terdedah kepada ancaman kemantian yang ditunggu-tunggu oleh rejim Israel.

Kadar berbaki 12% daripada diesel yang masih ada tidak cukup pun hanya untuk empat hari.
Beliau menambah: "Kami sedang berusaha mengagihkan semula beban elektrik di hospital-hospital dan pusat-pusat penjagaan mengikut pelan yang disediakan oleh Pengarah Kejuruteraan dan Penyelenggaraan disini."

Kementerian Kesihatan Gaza memerlukan 380 ribu diesel untuk menutup defisit yang besar dalam penjanaan elektrik yang telah pun beberapa kali terhenti operasinya akibat kekurangan itu. 6 tahun Gaza tetap dan masih dalam kepungan tanpa sebarang pembelaan yang bersifat antarabangsa yang berkesan menundukkan rejim Israel agar mematuhi setiap prinsip hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat. Beliau menyeru semua kapasiti hak asasi manusia tempatan, serantau dan antarabangsa menbuat dakwaan terhadap pemimpin rejim Israel sebagai penjenayah perang yang masih bebas.