Wednesday, September 21, 2011

32 Terowong Musnah Dalam Masa Dua Minggu


Sumber keselamatan Mesir mengesahkan bahawa pihak berkuasa Mesir telah memusnahkan hampir 32 terowong sepanjang dua minggu terowong di antara sempadan antara Gaza dan Mesir.

Walau bagaimana pun sumber tersebut mengingatkan bahawa tindakan keras ke atas terowong bukan bertujuan untuk menghapuskan sepenuhnya ini kerana telah dimaklumi terdapat terowongmelakukan kerja-kerja memenuhi keperluan kemanusiaan rakyat Palestin dan kita akan ambil kira sepenuhnya."

Jurucakap keselamatan Mesir menegaskan bahawa beberapa terowong yang beroperasi dengan cara dan merupakan ancaman kepada keselamatan negara Mesir maka kita sedang berusaha untuk memusnahkannya kerana kita sudah memberikan amaran muktamad mengenai perkara tersebut.

"Kita tidak mahu pandangan negatif kesan keselamatan dan pertempuran di rantau ini dan semua orang harap dapat memahami kerana kami bekerja untuk keselamatan negara terutamanya terutamanya selepas revolusi 25 Januari dan semua orang tahu bahawa dasar keselamatan telah berubah dan kini kami bekerja atas semangat undang-undang kemanusiaan dan tidak berdasakan agenda politik".

Wednesday, September 14, 2011

30 Meninggal Dunia, 400 Di Tahan Akibat Tekanan Israel Sepanjang Ogos


Yayasan Perpaduan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia telah mengeluarkan satu laporan yang mendokumenkan bahawa 30 rakyat Palestin telah meninggal dunia dan hampir 400 yang lain telah ditahan pada bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Pendudukan Palestin.
“Hampir setiap hari tidak berlalu tanpa operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan oleh [negeri pendudukan], askar mereka dan peneroka mereka terhadap rakyat Palestin…,” laporan itu berkata. Manakala hanya tiga daripada orang-orang yang dibunuh adalah dari Tebing Barat dan dua daripada mereka di awal dua puluhan, seramai 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang mensasarkan Semenanjung Gaza pada bulan itu. Lima daripada mereka adalah di bawah umur 18 tahun.
Pada bulan Ogos, tentera Israel menahan lebih daripada 380 rakyat Palestin, termasuk 44 di bawah umur – jumlah ini adalah tambahan kepada berpuluh-puluh pekerja Palestin yang ditangkap di luar garisan hijau.
Apa yang membuatkan bulan itu sebagai bulan yang luar biasa adalah apabila Israel melancarkan salah satu kempen penangkapan yang paling meluas di Bandar Al-Khalil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan kempen ini turut ‘menyapu’ Bethlehem, daerah Yerusalem Silwan Tulkarem, Salfit, Ramallah, dan Al-Beira. Antara mereka yang ditahan pada bulan Ogos ialah Ahli Parlimen Palestin Mustafa Mutlaq Abu Juheisha (Al-Khalil), Anwar al-Zabboun
(Bethlehem), dan Hassan Yousef [hanya satu bulan selepas beliau dibebaskan selepas enam tahun dalam tahanan]. Semua ahli parlimen itu mewakili parti Hamas dalam Majlis Perundangan Palestin. Satu lagi sasaran utama ialah para penyampai berita Palestin. Menurut laporan ISFHR, tiga wartawan telah ditahan dalam bulan tersebut, termasuk ketua Al-Jazeera [biro Afghanistan] – Samer Allawi. Beliau telah ditangkap semasa beliau ingin berlepas ke Jordan di Allenby Bridge selepas menghabiskan percutian dengan ahli keluarga di kampung
Sebastea