Sumber-sumber di gerbang perlintasan darat antara Genting Gaza dan Mesir, Rafah, Kamis (16/2), menyebutkan kereta Syaikh Ahmad Yasin, pengasas Gerakan Perlawanan Islam Hamas, sudah masuk ke Jalur Gaza setelah berada di pelabuah darat rafah sejak 14 tahun lalu.
Menurut sumber di gerbang Rafah, pihak berkuasa penjajah Zionis Israel yang melarang masuknya kereta Syaikh Ahmad Yasin saat itu dengan keputusan kereta ditahan di gerbang perlintasan.
Masih menurut sumber Palestin di Rafah, kereta Syaikh Ahmad Yasin dilengkapi dengan kerusi roda sehingga membolehkan digunakan Syaikh Ahmad Yasin dengan mudah. Kereta tersebut merupakan hadiah dari Kerajaan Saudi Arabia dan telah dihantar kepadanya, namun pihak berkuasa penjajah Israel melarang kemasukan kereta tersebut ke Jalur Gaza sejak tahun 1998, setelah Syaikh Yasin gugur, kereta tetap berada di gerbang Rafah Mesir. Sumber ini menjelaskan bahawa kereta Syaikh Ahmad Yasin sudah diserahkan kepada keluarganya dan sejumlah pemimpin gerakan Hamas yang menegaskan bahawa mereka akan menjaga kereta tersebut sebagai kenang-kenangan untuk Syaikh Yasin