Sunday, September 9, 2012
Abbas Tegaskan Pilihan raya adalah Rekonsiliasi, Barhum Nilai Pidato Abbas Kuatkan Perpecahan
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhum menyebut pidato presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas mencetuskan ketegangan dan memburukkan lagi perpecahan. Pidato itu dinilai sebagai ungkapan kemuflisan politik dan ekonomi. Dalam pernyataan khususnya kepada PIP kemarin Sabtu (8/9) bahawa Abbas berusaha menggagalkan projek Hamas dan sudah terang-terangan mempunyai usaha mengeksport kegagalan dalamannya ke pihak lain.
Ia mengisyaratkan, penyataan Abbas bahawa perdamaian adalah pilihan raya merupakan tindakan mengelak dari kesepakatan Kaherah dan Deklarasi Doha mana yang disepakati adalah mengatasi semua masalah secara serentak. Soal serangan Abbas terhadap Mesir, Barhum mengecam tindakan ini sebab Mesir menyikapi semua pihak dengan jarak yang sama tanpa pilih kasih. Kerana itu, tindakan Abbas ini tidak memberikan manfaat sebab menuding presiden Mursi secara tegas.
Barhum mengecam kenyataan Abbas yang menyebut Intifadhah Al-Aqsa sebagai pemusnah. "Ini pengingkaran terhadap usaha dan perjuangan bangsa Palestin, korban luka mereka, dan tawanan Palestin yang memperjuangkan pengorbanan mereka."
Secara undang-undang, tempoh kepimpinan Abbas sudah berakhir, sehingga tidak sah lagi, tegas Barhum. Abbas sendiri tidak sempurna legalitasnya sampai wujud perdamaian dan pelakasanaan pilihan raya berdasarkan kesepakatan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)