Monday, April 13, 2009

Netanyahu: “Saya tidak akan tinggalkan mana-mana wilayah yang diduduki”

Ben Zion Netanyahu, kiri, bersama anaknya Benjamin, Perdana Menteri Israel

Hujung minggu lepas akhbar Israel Ma’ariv telah menyiarkan wawancara bersama Profesor Ben Zion Netanyahu, 99 tahun, bapa kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Natanyahu.

Profesor Ben Zion terkenal dengan sikap berterus terang dan pandangan yang amat berhaluan kanan — dan dia tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan reputasinya. Beliau berpegang bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik dengan Palestin adalah melalui kekuatan tentera. Profesor Ben Zion menyatakan bahawa beliau tidak akan menyerahkan semula Bukit Golan kepada Syria kerana “kita tidak serah semula tanah.” Profesor Ben Zion juga menerangkan bahawa pada pandangan beliau adalah mustahil untuk berkompromi dengan bangsa Arab. Beliau seterusnya menyatakan pendapat bahawa bangsa Turki telah menggunakan kekuatan tentera secara yang sangat brutal dalam menindas penduduk Arab, dan seharusnya menjadi contoh kepada Israel dalam menangani bangsa Arab yang secara semula jadi hidup dalam keadaan perang tidak berhenti-henti.

Terdapat laporan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah gagal dalam usaha untuk menyekat Ma’ariv dari menerbitkan artikel tersebut, kerana pandangan Profesor Ben Zion yang penuh kontroversi itu akan memalukan anaknya Benjamin.

Apabila saya terdengar tentang wawancara tersebut, saya teringin sangat untuk tahu lebih lanjut tentang Profesor Ben Zion. Melalui carian Internet, terdapat satu bahan “February Television Interview” bersama kedua-dua bapa dan anak Netanyahu. Dalam rakaman televisyen ini, Benjamin yang ketika itu menjadi calon Perdana Menteri kelihatan sangat selesa dengan kenyataan bapanya bahawa Israel kini berada dalam keadaan sangat bahaya dari kemusnahan mutlak, dan holocaust tidak pernah terhenti malahan berterusan sehingga ke saat ini.

Dalam wawancara tersebut Benjamin, sebagai bayangan kepada pengaruh secara lansung terhadap pandangan bapanya bahawa tidak ada satu pun wilayah yang diduduki akan dipulangkan, mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang pemindahan wilayah yang diduduki sepanjang tempoh pentadbirannya. Pegangan ini meletakkan Benjamin dalam pertentangan secara lansung dengan pentadbiran Obama yang mendakwa untuk berusaha ke arah perbincangan kepada keamanan di daerah tersebut.

Ikuti sedutan terjemahan kepada kenyataan Netanyahu di bawah:

Netanyahu: Saya fikir semua orang yang mempunyai mata faham bahawa sebarang wilayah yang diduduki yang ditinggalkan akan dirampas oleh musuh negara Israel.
Soalan: Jadi anda boleh kata bahawa Likud tidak akan tinggalkan pendudukan sepanjang tempoh anda di pejabat (Perdana Menteri) ?
Netanyahu: Ya
Soalan: Tidak akan berundur?
Netanyahu: Sudah tentu.

Sepertimana yang dinyatakan oleh pemberita Ma’ariv, Benjamin Netanyahu sangat dipengaruhi oleh pandangan bapanya. Di bawah perhatian bapanya, dan dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan mengikut teladan ibubapa, pengaruh Profesor Ben Zion dilihat sangat menyedihkan dan tidak akan membuka ruang kepada sebarang bentuk perbincangan.

1 comment:

  1. Salam. Info yang bagus bro. Singgah juga ke blog
    http://palestinefolder.blogspot.com/

    ReplyDelete