Filem berjudul “Gaza 2009″ diumumkan sebagai pemenang pada Festival Filem Antarabangsa Kairo (Mahrajan al-Qahirah as-Sinima’i ad-Duwali/Cairo International Filem Festival) 2009 yang dilangsungkan pada minggu terakhir bulan November yang lalu.
Filem produksi Syirkah Filasthin li al-Intaj al-I’lami (PMP), Gaza, memperoleh kejayaan setelah menyisihkan 400 filem Arab lainnya yang turut serta dalam festival tersebut.
“Gaza 2009″ merupakan filem yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Kisahnya benar-benar mampu menitiskan air mata dan menggugah emosi siapapun yang menontonnya. Betapa tidak, filem tersebut menceritakan tentang potret kehidupan warga Palestin yang menyayat hati di bawah pendudukan Israel, khususnya di wilayah Jalur Gaza yang mengalami sekatan selama beberapa tahun terakhir.
Di tengah keadaan yang serba melemahkan itu, terpottehlah kisah cinta seorang pemuda-Muslim dari Gaza dengan seorang gadis-Yahudi dari Nazaret, Israel. Pemuda Gaza itu bekerja di Nazaret, dan di kota kelahiran Isa al-Masih, lalu keduanya berkenalan dan saling memadu kasih. Keduanya pun lantas berumahtangga, setelah si gadis memeluk Islam dan ikut suaminya ke Gaza yang serba kekurangan.
Tentu saja, seribu masalah perbezaan dua identiti menjuntai dan menghiasi liku-liku kehidupan mereka pasca pernikahan, dan setelah mempunyai cahaya mata seramai enam anak. Sebahagian dari anak-anak mereka mampu bercakap dalam bahasa Ibrani, belajar Talmud dan Taurat di Israel.
Sutradara filem, Musthafa an-Nabih, berwarganegara Palestin, menyatakan jika kisah filem “Gaza 2009″ sendiri diilhami dari kisah benar. Dikatakannya, permasalahan dan konflik mulai muncul dalam kehidupan dua sejoli itu setelah lapan tahun usia perkahwinan mereka.
Permasalahan tersebut bermula dari keadaan kehidupan di Gaza yang serba sulit pasca sekatan Israel. Boleh dibayangkan, pasca sekatan itu, Gaza benar-benar seperti wilayah purba: tidak ada bekalan air bersih, bahan bakar, sumber makanan terhad, ubat-ubatan kehabisan, dan tiada sumber elektrik. Dapat dibayangkan betapa mengerikannya kehidupan di sana. Sang isteri rupanya merasa tidak memiliki motivasi hidup di tengah-tengan keadaan kehidupan yang benar-benar sengsara seperti itu.
Lalu si isteri memutuskan untuk kembali ke Nazaret, kampung halaman asalnya. Dia pun tenggelam dalam kehidupan kesenangan bersama tiga orang anaknya, sementara tiga anak lagi tinggal bersama ayah mereka di Gaza. Dua dari tiga anak mereka yang tinggal bersama ayahnya adalah kembar-bongsu yang baru berusia 27 hari, salah seorangnya pula cacat.
Di Nazaret, si isteri dan ketiga anak yang dibawanya, yang paling besar bernama Yasmin (9 tahun), menjadi salah salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut, telah kembali memeluk agama Yahudi, bersama kesemua anaknya.
Penderitaan sang suami tidak hanya berhenti sampai di sana saja. Unit Perisikan Israel telah memaksanya untuk meninggalkan semua anaknya, untuk dibawa kembali ke wilayah negeri itu dan menjadi warga negara Israel. Puncaknya, di hari terakhir penyerbuan Israel ke Gaza di awal tahun lalu, lelaki itu pun mati direjam peluru dan roket pesawat Israel.
An-Nabih, sutradara filem tersebut, bercerita bahawa pasca berakhirnya agresif Israel ke atas Gaza di awal tahun yang lalu, pihaknya segera mengunjungi wilayah tersebut, untuk membuat filem dokumentari. Ketika itu, secara tidak sengaja beliau mendengar kisah Yasmin dan keluarga Gaza-Palestin dan Nazaret-Israel ini.
Seniman kenamaan Palestin itu juga menyatakan antara mesej utama dari filem garapannya adalah nilai-nilai kemanusiaan. “Di filem itu, kami ingin mengetengahhkan kisah kemanusiaan, yang sangat nyata, dan sangat memukul. Betapa sebuah keluarga yang mulanya harmonis menjadi hancur dan menjadi terbelah,” terang an-Nabih.
Sebelumnya, filem “Gaza 2009″ juga menjadi pemenang kategori filem dokumentari pada Festival Filem Arab yang diadakan di Tunisia sebelum ini.
akh, mana nak dapat filem ni?
ReplyDelete