Friday, April 1, 2011

Kepada Mesir Baru: Rakyat Gaza Adalah Saudara Kamu



Rabithah Ulama Palestin mengucapkan tahniah kepada penduduk Mesir atas kejayaan mereka menjatuhkan “regim kezaliman dan ketidakadilan di Mesir” yang dipimpin oleh bekas presidennya yang digulingkan iaitu Hosni Mubarak. Dalam masa yang sama, Rabitah Ulama Palestin mendesak kerajaan baru untuk melakukan perubahan dengan lebih serius kearah mewujudkan Mesir yang lebih baik.

“Para ulama dari Palestin sentiasa bersama warga Mesir selama hari kebangkitan rakyat Mesir melaksanakan revolusi. Kebangkitan rakyat dari semua peringkat masyrakat, para pekerja, saintis, ahli politik, pemuda, wanita dan orang tua, sehingga Allah membolehkan rakyat Mesir menggulingkan rejim, demikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabithah Ulama Palestin.

Rabithah Ulama Palestin menyeru kepada kerajaan baru untuk melihat warga Gaza sebagai saudara anda semua dan menamatkan pengepungan tidak adil yang sedang berlaku di Gaza, dan membuka kembali sempadan Rafah.

“Musuh kami, musuh dari Mesir, dan musuh dari orang-orang Arab dan Muslim dan orang-orang yang baik di dunia adalah Zionis,”

Monday, January 17, 2011

Hamas Ucapkan Selamat Atas Kejayaan Intifadah Rakyat Tunisia

Dalam pernyataan tertulisnya, Hamas menyokong revolusi rakyat Tunisia sebagai representatif dari kehendak rakyat untuk mendapatkan kebebasan yang telah lama terkepung oleh sistem diktator, selain melawan korupsi, kezaliman serta tidak mendengar suara rakyat. Intifadah ini merupakan iperjalanan sejarah bangsa Arab moden yang menginginkan kebebasan dan kemuliaan. Hamas dengan ini menyokong perjuangan rakyat Tunisia atas pilihan dan kehendak politiknya. Apa yang berlaku di Tunisia merupakan pelajaran yang sangat berharaga, bahawa untuk mendapatkan kemuliaan, kembalinya hak-hak dan untuk menyingkirkan kezaliman, penodaan dan kerosakan tidak boleh dengan meminta-minta atau mengemi. Kemuliaan dan kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan dengan menyerahkan harta yang paling berharga. Saudara-saudara kita di Tunisia telah membuktikan hal itu dengan keluar dalam aksi-aksi kemarahan serta menyerahkan puluhan para syuhada ratusan serta orang terluka, sehingga mereka berjaya mendapatkan kemenangan ini.

Jurucakap Gerakan Perlawanan Islam Hamas Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan bahawa gerakannya menghormati kehendak rakyat Tunisia di dalam memilih pemimpinnya. Abu Zuhri mengatakan , "Kami menghormati kehendak rakyat Tunisia dan pilihannya. Kami tegaskan sokongan kami kepada mereka. " Jurucakap Hamas ini menegaskan bahawa rakyat Tunisia berhak untuk memilih kedaulatannya yang mereka inginkan melalui proses demokrasi yang dijanjikan jauh dari campur tangan asing. Pada hari Jumaat (14 / 1), rakyat Tunisia berjaya mengusir presidennya selepas 23 tahun berkuasa secara kuku besi, setelah protes rakyat berlangsung selama sebulan dan menimbulkan ratusan korban tewas dan terluka. Menteri Muhammad al Ganushi menggantikan tugas presiden untuk sementara waktu selepas presiden melarikan diri dari Tunisia Jumaat malam.

Friday, January 7, 2011

Tuesday, January 4, 2011

Pertemuan Dengan PM Palestin


Misi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza kali ke-2 ini telah berjaya mencapai matlamat dengan baik dan tepat pada masanya. Sejumlah USD 150,000.00 telah berjaya dibawa masuk berupa susu kanak-kanak, ubat-ubatan dan sumbangan ramadhan sedikit sebanyak memberikan harapan yang tinggi buat rakyat Palestin. Selain melawat projek-projek yang dikendalikan sendiri oleh Aman Palestin, dengan kesempatan yang ada Pengerusi Eksekutif Aman Palestin bersama sukarelawan yang mengikutinya telah bersolat Tarawikh bersama serta berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya.

Tidak ketinggalan juga, Perdana Menteri Palestin ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas lawatan yang hangat ini, mudah-mudahan ia akan berterusan dan memberikan kebaikan kepada semua umat Islam di Palestin yang terkepung. Beliau juga menjemput Abdullah Zaik memberikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang terdiri dari rakyat Palestin serta delegasi dari Turki yang ada bersama.

KONVESYEN MELAYU ISLAM MELAKA

Sunday, November 21, 2010

Mavi Marmara: Memperingati Kesyahidan Furkan Dogan (1991-2010)


Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010. Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.

Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.

Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban.

Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza.

Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka.

Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Ayah Furkan mengatakan bahawa “Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika.” Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010:

“Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. ”

Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya.

“Dia bukan aktivis politik,” kata ayahnya lagi.

“Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. ”
Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar. Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin.

Wednesday, November 3, 2010

PROGRAM JIRIM 2



Kepada remaja berminat bolehlah mendownload borang & mengisinya sebelum menghantar kepada kami. Sebarang pertanyaan boleh merujuk wakil negeri masing-masing. SILA MENDAFTAR SEBELUM 24/11/2010 SUPAYA ANDA BERPELUANG HADIR KE PROGRAM INI.