Thursday, March 26, 2009

Tidak siapa peduli kematian Hamaad…


Pada 14 Februari 2009, hampir sebulan selepas kerajaan pengganas Israel mengumumkan genjatan senjata secara sebelah pihak, seorang kanak-kanak berumur 13 tahun Hammad Silmiya sedang mengembala kambing dan biri-biri di kawasan utara Gaza, kira-kira 500 meter dari sempadan negara haram Israel. Sebuah jip tentera Israel yang sedang mengawal sempadan melepaskan tembakan ke arah Hammad dan kawan-kawannya. Hammad terkena tembakan di kepala dan mati di tempat kejadian.

Pembunuhan Hammad tidak langsung menjadi bahan berita - sekadar seorang lagi mangsa di Genting Gaza, di mana kecederaan dan kematian ke atas masyarakat awam terus meningkat dari hari ke hari. Keluarga Hammad masih lagi bersedih dengan pembunuhan ke atas neneknya, dua orang sepupunya berumur 4 dan 18 bulan, dan kemusnahan rumah dan ternakan mereka semasa serangan hendap Israel.

“Pagi itu hari Sabtu, Hammad bangun pukul 6 pagi,” kata ibu saudara Hammad, Jomai’a, yang berumur 40 tahun. “Dia pergi dengan abangnya dan beberapa orang kawan sebaya untuk mengembala ternakan. Seperti biasa, kira-kira pukul 10 pagi, Hammad menyiapkan sarapan pagi di lapangan. Sebuah kenderaan tentera Israel menembak mereka dan mengenai kepala Hammad.”

Jomai’a mengeluarkan satu bungkusan plastik dari lilitan selendangnya, lalu membuka bungkusan tersebut. Dalam satu sampul surat kecil ada sekeping gambar Hammad - satu-satunya gambar anak muda tersebut, yang diambil ketika berumur 7 tahun. Gambar-gambar Hammad yang lain semuanya hilang di bawah runtuhan rumah mereka.

“Hammad tidak ubah seperti anak kesayangan saya sendiri, kerana saya tidak mempunyai anak, dan dia selalu tidur di sisi saya,” kata Jomai’a. “Bila dia perlu sesuatu, dia akan minta dari saya. Orang selalu kata Hammad bukan saja ada satu ibu, tapi dua ibu - ibu sebenarnya dan juga saya. Sebahagian dari jiwa saya dimiliki oleh Hammad. Sekarang (sebahagian dari jiwa saya) sudah tidak ada lagi, dan pergi bersama-sama Hammad.”

Hammad berhenti sekolah beberapa bulan lalu untuk bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan membantu keluarga. “Saya cuba memaksa dia kembali ke sekolah tapi dia hanya memikirkan tentang kerja-kerjanya dengan kambing dan menunggang keldainya.” kata Jomai’a. “Dia sangat terikat dengan ternakan. Bila balik dari sekolah, dia akan meninggalkan bagnya dan terus berlari mendapatkan ternakannya. Malam sebelum dia dibunuh saya telah bermimpi tentang kenduri perkahwinan, satu petanda buruk bagi masyarakat kami. Bila mereka memberitahu saya tentang kecederaan Hammad, saya tahu dia telah mati kerana saya dapat melihat dia sebagai mempelai dalam mimpi saya.”

Ibu Hammad, Salma, duduk di sebelah Jomai’a dalam khemah sementara yang dibina bersebelahan runtuhan rumah mereka di Ya-as-Salama. Runtuhan dan kemusnahan dahsyat dapat dilihat di sekeliling mereka. Keluarga Badwi ini datang ke Gaza sebagai pelarian dari Beersheba pada tahun 1948 dan menetap di daerah Hay-as-Salama. Sebelum serangan ganas Israel, mereka tinggal di rumah batu dan memiliki ladang ternakan bersebelahan zon rizab keselamatan. Kawasan tersebut merupakan daerah yang pertama diserang tentera darat Israel Januari lalu.

“Kereta kebal Israel mula menembak kawasan kami pukul 2 pagi pada 5 Januari,” cerita Jomai’a. “Bom yang pertama mengenai rumah kami, dan saya lari ke bilik ibu saya kerana dia sudah tua berumur 80 tahun dan hanya terlantar di atas katil. Tiba-tiba bom yang kedua menimpa rumah kami lagi, dan kami terpaksa lari, meninggalkan ibu saya. Kami tak ubah seperti kambing-kambing ketakutan apabila melihat pintu kurungan dibuka. Kami menuju ke Jabaliya, kemudian ke Zeitoun untuk berteduh di sekolah. Setiap hari saya merayu kepada pasukan ambulan dan medik membantu saya untuk pergi memindahkan ibu. Malahan saya bersedia untuk berjalan kaki di hadapan ambulan, mengibar bendera putih. Tapi suasana terlalu merbahaya dan mereka tidak dapat membantu.”

Bila keluarga Silmiya kembali ke kediaman mereka pada 18 Januari, mereka dapat rumah tersebut ranap dimusnahkan oleh serangan F-16. Mereka mengambil masa selama 3 hari untuk mencari mayat nenek Hammad dari bawah runtuhan. Hammad dikebumikan bersebelahan neneknya hanya beberapa minggu kemudian.

Oleh kerana kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sempadan, beberapa orang yang prihatin telah datang untuk membantu mereka. Kem pelarian terdekat tidak sesuai untuk mereka kerana mereka perlu tinggal berdekatan dengan ladang ternakan, tambahan pula keluarga Badwi lebih suka tinggal bersendirian.

“Peperangan masih belum berakhir,” kata ibu Hammad, Salma. “Tidak pernah sunyi di Gaza, kami kerap melihat F-16 di langit. Tapi Hammad tidak pernah takut. Dia sungguh tabah dan penuh bertenaga. Adiknya pernah berharap supaya tentera Israel membunuh Hammad, kerana semua orang sayangkan Hammad. Sekarang dia tidak mahu lagi membawa makanan atau minuman ke ladang ternakan, kerana Hammad ditembak askar Israel ketika sedang menyiapkan makanan.”

Beberapa hari sebelum ditembak, Hammad kecewa dengan peristiwa keldainya bersama-sama 60 ekor kambing dan 3 ekor lembu milik bapanya ditembak oleh askar Israel. Bapanya yang bernama Barrak Salem Salaam Silmiya sudah berumur 47 tahun. “Kami mahukan kedamaian, tapi mana dia (keamanan)? Mana hak kemanusiaan di Gaza?” tanya Barrak sambil menunjukkan bangkai ternakan yang masih terapung dalam takungan selut sekeliling runtuhan rumahnya. .

“Hammad hanyalah seorang budak 13 tahun. Semua orang melihat dia sebagai seorang budak kecil, tapi mereka masih tembak dia. Dia sangat pintar dan baik dengan ternakan. Malahan dia selalu menjual susu dan keju di pasar. Apa lagi yang dapat saya ceritakan tentang anak saya? Tidak ada apa lagi yang saya boleh ceritakan tentang dia. Negara-negara besar tidak berdaya melawan Israel, apa yang kami boleh buat? Saya rasa sudah tidak ada apa-apa lagi. Kawasan ini hanya ada rumah-rumah dan lorong-lorong. Tidak ada apa lagi yang tinggal….”

“15 hari sejak kematian Hammad seperti 500 (hari.) Hammad berkulit gelap, dan kacak. Sekarang saya tidak lagi dapat merasa keenakan makanan yang disuap. Setiap orang (yang berjumpa dengan Hammad waktu pagi dia ditembak) kata dia tampak begitu kacak,” tambah Jomai’a. “Ini bukanlah peperangan terhadap sebuah kerajaan atau negara. Israel bunuh kami seperti binatang dan anjing, dan tidak ada siapa yang berjuang membantu kami.

Monday, March 23, 2009

McDonald’s terus berkembang di Israel, Johnson & Johnson ditutup

McDonald’s mengembangkan perniagaannya di Israel dengan menceburi pasaran bar kopi espreso melalui produk yang dikenali sebagai McCafé. Cawangan-cawangan baru rangkaian perniagaan tersebut menyerlahkan gaya baru bar kopi dengan menggunakan tempat duduk yang lebih selesa, pinggan mangkuk porselin dan pastri yang diimpot dari Perancis.

McDonald’s mula beroperasi di Israel pada tahun 1993. Kini terdapat lebih dari 80 cawangan rangkaian perniagaannya di seluruh Israel. Pada tahun 2006, McDonald’s mula menjual makanan kosher kepada pelangannya di beberapa cawangan di Israel.

McDonald’s adalah merupakan antara rakan korporat terbesar kepada Jewish United Fund (JUF,) Chicago. JUF mempunyai hubungan teguh dengan negara haram Israel melalui pelbagai jaringan kerjasama dan bantuan perdagangan, profesional dan sosial. Sebagai contoh, melalui program Partnership 2000, JUF telah menyalurkan bantuan sebanyak USD 1.3juta setiap tahun bagi tujuan pembangunan daerah di bandar Kiryat Gat, di tengah Israel. Kiryat Gat, yang juga menempatkan kilang Intel Fab18, merupakan sebuah bandar perusahaan yang dibina di atas tanah Palestin yang dirompak - tanah perkampungan Iraq Al Manshiya dan Al-Faluja, yang mana penduduk etnik asalnya diusir atau dibunuh pada tahun 1949.

Melalui Suruhanjaya Israelnya, JUF berfungsi untuk memastikan sokongan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika ke atas Israel. Mereka juga menjaga kepentingan Israel dalam menangani dan mengeksploitasi media.

Sementara itu, Ynet juga melaporkan syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson akan menutup ibu pejabatnya di Israel. Johnson & Johnson telah beroperasi di Israel sejak 13 tahun lalu. Semua 20 orang pekerjanya, termasuk ketua eksekutif, dibuang kerja. Walau bagaimanapun, produk Johnson & Johnson akan terus dipasarkan di Israel melalui pengurusan ibu pejabatnya di Switzerland.

Johnson & Johnson merupakan sebuah lagi syarikat yang banyak membantu kepada pembangunan negara haram Israel. Pada tahun 1998, sempena perayaan Jubli 50 tahun penubuhan negara haram Israel, Johnson & Johnson telah menerima anugerah penghormatan tertinggi oleh Perdana Menteri Netanyahu sebagai mengiktiraf peranan mereka menguatkan ekonomi Israel melalui pelaburan dan jaringan perdagangan.

Antara produk Johnson & Johnson yang pasarkan di negara kita termasuklah tuala wanita Carefree, pencuci oral Listerine, produk kecantikan Clean & Clear dan pelbagai produk bayi yang membawa jenama Johnson’s.

Saturday, March 21, 2009

Abu Marzuq akhirnya menjejak kaki semula ke gaza selepas 30 tahun.


Setelah 30 tahun hidupnya diharamkan menjejak kaki ke Jalur Gaza oleh kerajaan haram Israel, Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas akhirnya telah berjaya memasuki Jalur Gaza kembali.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pusat Informasi Palestin di Gaza, Musa Abu Marzuq yang tiba di Mesir untuk mengikuti pertemuan wakil-wakil dari kepimpinan organisasi Palestin dua hari lalu (Sabtu, 28/02) telah berjaya mendapat persetujuan pihak Mesir memasuki Jalur Gaza bagi menemui ahli keluarganya. Dan kemudian beliau kembali semula ke Mesir melalui jalan persempadanan di Rafah.

Akibat tekanan Zionis Israel ramai aktivis Palestin seperti Abu Marzuq yang bertahun-tahun hidup di pengasingan.

Musa Abu Marzuq adalah salah seorang tokoh penting Hamas. Beliau menjadi buruan nombor satu Mossad (organisasi rahsia luar negeri Israel.) Justeru, beliau dikenali dengan pelbagai nama: Musa Abu Marzuq alias Said Abu Marzuq alias Abu Umar alias Musa Muhammad Marzuq. Beliau kini menjadi warga negara Yaman. Dilahirkan di kem penempatan pelarian di Rafah, Jalur Gaza, Abu Marzuq merupakan ketua pertama Biro Politik Hamas ketika organisasi itu dibentuk pada akhir 1992. Lima tahun kemudian posisinya berubah sebagai wakil ketua. Jabatannya diisi oleh Khalid Misya’al sejak pendiri sekaligus pemimpin spiritual Hamas, Syeikh Ahmad Yasin, syahid diserang serangan roket Israel pada 2004.

Pemimpin berusia 58 tahun ini memiliki PhD dalam bidang teknikal industri di Amerika Syarikat. Pada 1992, beliau pindah ke Jordan dan tiga tahun kemudian diusir dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel itu. Namun, beliau ditangkap di Bandar Udara John F. Kennedy, New York, pada 25 Julai 1995 dan di hantar pulang ke Jordan semula. Dua tahun kemudian beliau diusir semula dan menetap di Damaskus, hingga Januari 2009.

Ketika bersama Syeikh Ahmad Yasin, ayah kepada enam orang anak ini pernah menjadi penebus ganti kepada misi penukaran pembebasan dua anggota Mossad yang ditangkap.

Sebagai pemimpin, dia sangat sibuk, apatah lagi saat ini Israel sedang menggempur Gaza terus menerus. Menurut isterinya, Ummi Nadia, suaminya sentiasa bekerja bagi perjuangan Palestin dari pagi hingga ke larut malam.

Tuesday, March 17, 2009

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.


2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.


3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.


4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.


5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.


6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).


7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.


8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.


9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.


10) Melazimi zikir harian.


11) Melazimi olahraga atau beriadhah.


12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia

Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

“ paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “

Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an, saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) “.

“ ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur’an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah”


“ Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.

“ hafaz Al-Qur’an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu”.

“ Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka”.

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.


Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.

Fakta Menarik:

a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45 sahaja.


b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.


c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.


d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.


e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.


f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.


3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.


2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.


3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

Thursday, March 12, 2009

Ulama Palestin: Kesatuan Umat Islam Satu-satunya Jalan Untuk Kemerdekaan Kota Suci dan Masjid Al-Aqsa

Syeikh Yusuf Jum’ah Salamah, salah seorang ulama Masjid Al-Aqsa al-mubarak menegaskan bahawa bangsa Arab dan Umat Islam perlu segera menyelesaikan pertikaian dan perpecahan yang terjadi di kalangan masyarakat Islam dan ianya merupakan satu-satunya jalan untuk mengembalikan kota-kota suci, memerdekakannya dan membersihkannya dari najis Yahudi pencinta kezaliman, terutama masjid Al-Aqsa yang suci.Dalam konferensi yang diselenggarakan di pejabat Persatuan Wartawan Mesir hari ini. Beliau menyeru kepada para ulama umat Islam agar berperanan dalam menjelaskan hakikat pertikaian dan perseteruan yang sebenarnya antara Arab dan Zionis, bahawa hal tersebut merupakan perang agama bukan perang politik belaka, dan memberikan peringatan bahawa perancangan dan konspirasi busuk Zionis hampir mencapai kesempurnaan untuk menyahudikan Al-Quds, yang mana pada akhirnya akan memberi kesan yang amat buruk kepada masa depan Masjid Al Aqsa. Terkini Yahudi telah mengeluarkan arahan agar memusnahkan 55 rumah orang Islam yang berhampiran dengan Masjid Al Aqsa.

Beliau juga menegaskan bahawa entiti Zionis berusaha mengukuhkan kedudukan mereka ke atas kota Al-Muqaddasah (kota yang suci) dan menerapkan shibghah(acuan) Zionisme di atasnya serta menghilangkan pelbagai unsur dan simbol Arab, Islam dan Nasrani di dalamnya. Selain dari itu, beliau juga mengingatkan bahawa umat Islam pada hakikatnya memiliki banyak kekuatan untuk memperoleh kemenangan seperti ekonomi yang kuat, idea yang hebat dan sumber manusia yang aktif bekerja, namun yang kurang dari mereka adalah persaudaraan dan ukhwah.

Syeikh Salamah juga mengatakan bahawa apa yang terjadi di Al-Quds saat ini bukan perkara yang baru, namun merupakan sebahagian dari rentetan perancangan Zionis yang diawali sejak munculnya Yahudi di kota yang suci ini setelah perang dan sikat agresif mereka pada tahun 1967, dan perkara yang pertama kali dilakukan Zionis pada saat itu adalah mendirikan tembok yang mereka namakan dengan “Tembok Ratapan”

Beliau juga memuji atas sumbangan dan bantuan pelbagai bangsa di dunia, Arab dan Islam terhadap Al-Quds dan Gaza, namun beliau tetap meminta bantuan lebih dengan melakukan usaha untuk membantu dan memperjuangkan bersama warga Palestin di Al-Quds dan mendirikan hubungan baik dengan mereka di pelbagai sektor seperti dalam bidang perniagaan, pembinaan semula bangunan dan perumahan, membangunkan hospital dan melengkapinya dengan peralatan dan kemudahan yang memadai.

Berkenaan tindakan menyahudikan al-Quds yang terus diusahakan oleh kerajaan haram Israel, beliau berkata: “Usaha penggalian dan penghancuran pada tiang-tiang asas Masjid Al-Aqsa bukan idea parti politik di Israel , namun itu semua merupakan strategi Zionis yang telah disepakati bersama oleh seluruh parti sekalipun masih terjadi perbezaan pendapat di antara mereka, dan setiap dari mereka memainkan peranannya sesuai dengan waktu dan kemampuan”. Beliau juga menegaskan bahawa fail penggalian tidak berada di tangan pemerintah namun terdapat pada tangan-tangan lembaga-lembaga ekstrim yang berusaha melakukan konspirasi pecah belah pertubuhan dan organisasi Islam di Palestin, dan dalam masa yang sama sikap berdiam diri bangsa Arab dan warga antarabangsa turut menjadi sebab utama kepada tindakan Yahudi yang terus menerus menjayakan rancangan mereka.

Salamah juga menekankan bahawa masjid Al-Aqsa dan kota suci bukan milik bangsa Palestin sahaja, namun merupakan milik umat Islam di seluruh dunia, sambil berkata: “Wahai saudara kami tercinta, Palestin adalah milik umat Islam, dan barangsiapa yang merasa memiliki sesuatu maka hendaknya ia menjaga dan mempertahankannya”.

Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan umat Islam dengan masjid Al-Aqsa adalah hubungan keyakinan dan aqidah. Ini kerana perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. dalam peristiwa Isra dan Mi’raj merupakan mukjizat yang juga merupakan sebahagian dari aqidah dan keyakinan, selain itu Masjid al-Aqsa menjadi saksi akan perjuangan besar penegakkan agama Tauhid di kalangan para nabi dan rasul. Masjid Al Aqsa juga menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa Islam memimpin semua umat tatkala Nabi saw. menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul.

Rasulullah saw. juga telah memberi peringatan dengan sabda baginda saw:

“Umatku akan terus berada dalam kebenaran dan tetap berpegang teguh padanya serta tidak takut terhadap orang yang melecehkan dan menghinakannya. Para sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.

Syeikh Salamah juga menegaskan bahawa bangsa Palestin masih tetap berpegang teguh dengan agama mereka, mempertahankan aqidah dan keyakinan mereka serta setia dengan bumi dan tanah air mereka, dan mereka tidak akan meninggalkan bumi Palestin sejengkal pun walau harus mati syahid kerananya.

Monday, March 9, 2009

Jangan terbuai dengan sandiwara Hillary


Kita tidak perlu menunggu sampai empat tahun lagi untuk membuktikan bahawa Hillary Clinton hanyalah satu ‘copy paste’ dari Condoleeza Rice. Tidak akan ada perubahan apapun yang dilakukan oleh Setiausaha Negara Amerika itu. Hillary adalah sama seperti Condoleeza. Kedua-dua mereka mempunyai pandangan yang sama, kerana siapa sekalipun yang berkuasa di Rumah Putih, samada Republikan atau Demokrat, tetap akan menjadi hamba atau lembu kepada Israel.

Sepanjang pemerintahan Presiden George W Bush, Setiausaha Negara Condoleeza Rice telah melakukan tidak kurang dari 24 kunjungan ke Baitul Maqdis dan Ramallah - dua wilayah yang sekarang ini dijajah dan diduduki secara haram oleh Israel. Kujungan-kunjungan itu tidak dapat sedikitpun merealisasikan apapun yang menjadi “visi” Bush terhadap permasalahan di Palestin sehinggalah berakhirnya tempoh pemerintahan beliau.

Di peringkat akhir pemerintahannya, Bush pernah melahirkan visi untuk mewujudkan dua negara “Palestin dan Israel” yang akan hidup berdampingan dengan damai - tidak lain hanyalah satu kebohongan yang amat besar. Kenapa? Pada hakikatnya, Amerika tidak pernah memiliki kekuatan yang dapat memaksa Israel melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Bush atau sesiapa saja pemimpin Amerika, dan semuanya menjadi suatu yang membazirkan waktu dan tenaga, sampai berganti presiden berikutnya. Kemudian di masa pemerintahan presiden berikutnya, tentu akan diulang cerita yang hampir sama, mirip sebuah khayalan, berbohong kepada rakyat Arab sehinggalah seluruh bumi Palestin diduduki dan dikuasai Israel.

Kebohongan itu diulangi lagi oleh Hillary Clinton yang saban hari menjaja rancangan dua negara “Palestin-Israel” dan senario hidup berdampingan secara damai. Dari kalangan pemimpin dan rakyat Israel, gagasan seperti itu sudahpun ditolak dan dianggap berkubur tanpa sebarang landasan politik. Apalagi, selama ini Washington hanya tunduk kepada rejim Zionis Israel dan tidak sekali-kali pernah memberi ruang kepada aspirasi rakyat Palestin.

Ketika rejim Zionis Israel menyerang Gaza, tidak ada satu suarapun dari pemimpin Amerika yang memberi komentar terhadap kekejaman dan kebinatangan tersebut. Bahkan, menjelang saat-saat akhir pemerintahannya, Bush terpaksa akur dan menyokong serangan ganas tersebut, manakala Obama hanya sekadar menyatakan bahawa beliau faham hakikat serangan tersebut - iaitu untuk menghentikan serangan roket Hamas ke wilayah Sderot di selatan negara haram Israel.

Zionis Israel membunuh ribuan rakyat Palestin dan menghancurkan hampir segala apa yang ada di Gaza, kemudian Amerika dan masyarakat antarabangsa sibuk membela Israel sambil memujuk dunia Arab dan rakyat Palestin sambil menghulurkan bantuan. Sesudah itu, segala kisah kesengsaraan, pembunuhan dan pembantaian dianggap selesai.

Sekarang ini, ketika pemerintahan Israel sibuk melakukan pengusiran terhadap ribuan penduduk bangsa Palestin yang tinggal di Baitul Maqdis, tidak ada suara yang keluar dari pemimpin Amerika, kecuali sekadar komen untuk mengambil hati pemimpin Arab. Zionis membangunkan pemukiman baru secara intensif di kawasan Tebing Barat dan Baitul Maqdis yang penduduknya sudahpun diusir. Jika Amerika benar-benar mendokong rancangan dua negara, sudah tentu pemerintahan Obama tidak akan membiarkan perluasan pemukiman baru tersebut. Sebaliknya, Amerika terus mendorong perluasan pemukiman Yahudi di wilayah yang mereka rompak. Ketika berkunjung ke Baitul Maqdis, Hillary telah bertemu dengan sejumlah tokoh politik Zionis Israel termasuk bakal perdana menteri Banjamin Netanyahu dan menyatakan dengan nada yang tegas “Amerika tetap melindungi keamanan Israel.”

Apakah Amerika dan Obama masih dapat berfikir dengan waras dan objektif, khususnya dalam menangani persoalan Palestin? Amerika sangat serius dalam memperhatikan keamanan Israel akibat serangan roket dari Gaza yang tidak dapat memberi kesan apa-apa, sedangkan senjata yang dihantar dari Amerika kepada Israel berupa jet F16 dan helikopter Apache serta senjata pembunuh massal lainnya yang digunakan untuk membunuh ribuan rakyat awam Palestin, sama sekali tidak mendapat perhatian dari Obama. Lebih dari 1300 terkorban, lebih 6000 tercedera, ribuan bangunan hancur, sama sekali tidak mendapat perhatian apapun. Inikah pemerintahan Amerika yang demokrasi dan beradab?

Jadi pemerintahan Obama, dan Hillary Clinton sebagai peneraju luar negara Amerika, menunjukkan langkah-langkah yang lebih jelas, ingin menjadikan Gaza sebagai “kem konsentrasi,” tidak ubah seperti yang dilakukan di zaman Nazi terhadap orang Yahudi. Dan sekarang yang menjadi mangsanya adalah rakyat Palestin, dan yang menjadi jagalnya adalah Israrel dan Amerika.

Tidak mungkin Amerika akan membela nasib orang Islam di Palestin, semuanya itu adalah kebohongan dan penipuan besar.

Lihatlah, Knesset (Parlimen) Israel telah dikuasai oleh majoriti pemimpin facis tulen dari Parti Likud dan Yisrael Beitenu yang sangat tebal perkauman dan anti-Arab. Dan, pemimpin baru Israel selalu mengatakan “tidak akan ada negara Palestin yang berdaulat.”

Dan Hillary selalu mengatakan akan bekerjasama dengan pemerintahan baru Israel. Artinya, tidak perlu kita bermimpi dengan jualan Hillary dengan cerita dua negara “Palestin-Israel,” kerana perkara itu tidak akan terwujud selagimana rejim Zionis Israel masih berada di atas bumi Palestin.

Sunday, March 8, 2009

KEaaJAibAn paRA sYUhadA' Di GazA


Setiap peristiwa yang berlaku, samada yang berskala besar atau kecil pasti ada hikmah di sebaliknya, ada pelajaran, ada "Kemahuan" Zat Pengatur kehidupan, Allahu Rabbul Izzah. Setiap muslim semestinya meneliti, mengambil pelajaran sekaligus menjadikannya sebagai penguat iman dalam menjalani kehidupan.
Peristiwa yang terjadi di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah yang terbukti. Banyak mukjizat Allah yang turun. Banyak keajaiban- keajaiban Allah yang terjadi. Itulah yang dialami oleh pejuang Palestin, para syuhada Gaza. Berikut adalah sebahagian darinya:
1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan: "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut."
2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya masih segar."
3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidak lupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an pun masih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.
4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza bercerita: "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba- tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta- kereta kebal itu, 5 tentera Zionis Israel terbunuh dan puluhan lagi tercedera."
5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah di Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak di wilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskan pengeboman mereka.
6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin: "Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua, mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorang mujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, maka meletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu. Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi di sekeliling ,namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri." 7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata: "Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (QS Al Baqarah:154)
Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) di dalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman:
"Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi- nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." (QS An Nisa':69-70) . Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh ulat dan cacing tanah."
8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid Al Qassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruh pelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai ingin melihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut.
9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak ke sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu malaikat, kamu berperang bersama Hamas."
10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.
11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik.
12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.
13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasi agak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing runtuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidin pelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Ia hadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi.
14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya.

Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gaza dan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya, Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setia melaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidak sedikitpun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuh mereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara dua kebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahid dan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah Jalla Jallaluh.

"Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (QS Ali Imran:168-169)