Saturday, March 21, 2009

Abu Marzuq akhirnya menjejak kaki semula ke gaza selepas 30 tahun.


Setelah 30 tahun hidupnya diharamkan menjejak kaki ke Jalur Gaza oleh kerajaan haram Israel, Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas akhirnya telah berjaya memasuki Jalur Gaza kembali.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pusat Informasi Palestin di Gaza, Musa Abu Marzuq yang tiba di Mesir untuk mengikuti pertemuan wakil-wakil dari kepimpinan organisasi Palestin dua hari lalu (Sabtu, 28/02) telah berjaya mendapat persetujuan pihak Mesir memasuki Jalur Gaza bagi menemui ahli keluarganya. Dan kemudian beliau kembali semula ke Mesir melalui jalan persempadanan di Rafah.

Akibat tekanan Zionis Israel ramai aktivis Palestin seperti Abu Marzuq yang bertahun-tahun hidup di pengasingan.

Musa Abu Marzuq adalah salah seorang tokoh penting Hamas. Beliau menjadi buruan nombor satu Mossad (organisasi rahsia luar negeri Israel.) Justeru, beliau dikenali dengan pelbagai nama: Musa Abu Marzuq alias Said Abu Marzuq alias Abu Umar alias Musa Muhammad Marzuq. Beliau kini menjadi warga negara Yaman. Dilahirkan di kem penempatan pelarian di Rafah, Jalur Gaza, Abu Marzuq merupakan ketua pertama Biro Politik Hamas ketika organisasi itu dibentuk pada akhir 1992. Lima tahun kemudian posisinya berubah sebagai wakil ketua. Jabatannya diisi oleh Khalid Misya’al sejak pendiri sekaligus pemimpin spiritual Hamas, Syeikh Ahmad Yasin, syahid diserang serangan roket Israel pada 2004.

Pemimpin berusia 58 tahun ini memiliki PhD dalam bidang teknikal industri di Amerika Syarikat. Pada 1992, beliau pindah ke Jordan dan tiga tahun kemudian diusir dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel itu. Namun, beliau ditangkap di Bandar Udara John F. Kennedy, New York, pada 25 Julai 1995 dan di hantar pulang ke Jordan semula. Dua tahun kemudian beliau diusir semula dan menetap di Damaskus, hingga Januari 2009.

Ketika bersama Syeikh Ahmad Yasin, ayah kepada enam orang anak ini pernah menjadi penebus ganti kepada misi penukaran pembebasan dua anggota Mossad yang ditangkap.

Sebagai pemimpin, dia sangat sibuk, apatah lagi saat ini Israel sedang menggempur Gaza terus menerus. Menurut isterinya, Ummi Nadia, suaminya sentiasa bekerja bagi perjuangan Palestin dari pagi hingga ke larut malam.

No comments:

Post a Comment