Syeikh Yusuf Jum’ah Salamah, salah seorang ulama Masjid Al-Aqsa al-mubarak menegaskan bahawa bangsa Arab dan Umat Islam perlu segera menyelesaikan pertikaian dan perpecahan yang terjadi di kalangan masyarakat Islam dan ianya merupakan satu-satunya jalan untuk mengembalikan kota-kota suci, memerdekakannya dan membersihkannya dari najis Yahudi pencinta kezaliman, terutama masjid Al-Aqsa yang suci.Dalam konferensi yang diselenggarakan di pejabat Persatuan Wartawan Mesir hari ini. Beliau menyeru kepada para ulama umat Islam agar berperanan dalam menjelaskan hakikat pertikaian dan perseteruan yang sebenarnya antara Arab dan Zionis, bahawa hal tersebut merupakan perang agama bukan perang politik belaka, dan memberikan peringatan bahawa perancangan dan konspirasi busuk Zionis hampir mencapai kesempurnaan untuk menyahudikan Al-Quds, yang mana pada akhirnya akan memberi kesan yang amat buruk kepada masa depan Masjid Al Aqsa. Terkini Yahudi telah mengeluarkan arahan agar memusnahkan 55 rumah orang Islam yang berhampiran dengan Masjid Al Aqsa.
Beliau juga menegaskan bahawa entiti Zionis berusaha mengukuhkan kedudukan mereka ke atas kota Al-Muqaddasah (kota yang suci) dan menerapkan shibghah(acuan) Zionisme di atasnya serta menghilangkan pelbagai unsur dan simbol Arab, Islam dan Nasrani di dalamnya. Selain dari itu, beliau juga mengingatkan bahawa umat Islam pada hakikatnya memiliki banyak kekuatan untuk memperoleh kemenangan seperti ekonomi yang kuat, idea yang hebat dan sumber manusia yang aktif bekerja, namun yang kurang dari mereka adalah persaudaraan dan ukhwah.
Syeikh Salamah juga mengatakan bahawa apa yang terjadi di Al-Quds saat ini bukan perkara yang baru, namun merupakan sebahagian dari rentetan perancangan Zionis yang diawali sejak munculnya Yahudi di kota yang suci ini setelah perang dan sikat agresif mereka pada tahun 1967, dan perkara yang pertama kali dilakukan Zionis pada saat itu adalah mendirikan tembok yang mereka namakan dengan “Tembok Ratapan”
Beliau juga memuji atas sumbangan dan bantuan pelbagai bangsa di dunia, Arab dan Islam terhadap Al-Quds dan Gaza, namun beliau tetap meminta bantuan lebih dengan melakukan usaha untuk membantu dan memperjuangkan bersama warga Palestin di Al-Quds dan mendirikan hubungan baik dengan mereka di pelbagai sektor seperti dalam bidang perniagaan, pembinaan semula bangunan dan perumahan, membangunkan hospital dan melengkapinya dengan peralatan dan kemudahan yang memadai.
Berkenaan tindakan menyahudikan al-Quds yang terus diusahakan oleh kerajaan haram Israel, beliau berkata: “Usaha penggalian dan penghancuran pada tiang-tiang asas Masjid Al-Aqsa bukan idea parti politik di Israel , namun itu semua merupakan strategi Zionis yang telah disepakati bersama oleh seluruh parti sekalipun masih terjadi perbezaan pendapat di antara mereka, dan setiap dari mereka memainkan peranannya sesuai dengan waktu dan kemampuan”. Beliau juga menegaskan bahawa fail penggalian tidak berada di tangan pemerintah namun terdapat pada tangan-tangan lembaga-lembaga ekstrim yang berusaha melakukan konspirasi pecah belah pertubuhan dan organisasi Islam di Palestin, dan dalam masa yang sama sikap berdiam diri bangsa Arab dan warga antarabangsa turut menjadi sebab utama kepada tindakan Yahudi yang terus menerus menjayakan rancangan mereka.
Salamah juga menekankan bahawa masjid Al-Aqsa dan kota suci bukan milik bangsa Palestin sahaja, namun merupakan milik umat Islam di seluruh dunia, sambil berkata: “Wahai saudara kami tercinta, Palestin adalah milik umat Islam, dan barangsiapa yang merasa memiliki sesuatu maka hendaknya ia menjaga dan mempertahankannya”.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan umat Islam dengan masjid Al-Aqsa adalah hubungan keyakinan dan aqidah. Ini kerana perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. dalam peristiwa Isra dan Mi’raj merupakan mukjizat yang juga merupakan sebahagian dari aqidah dan keyakinan, selain itu Masjid al-Aqsa menjadi saksi akan perjuangan besar penegakkan agama Tauhid di kalangan para nabi dan rasul. Masjid Al Aqsa juga menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa Islam memimpin semua umat tatkala Nabi saw. menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul.
Rasulullah saw. juga telah memberi peringatan dengan sabda baginda saw:
“Umatku akan terus berada dalam kebenaran dan tetap berpegang teguh padanya serta tidak takut terhadap orang yang melecehkan dan menghinakannya. Para sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.
Syeikh Salamah juga menegaskan bahawa bangsa Palestin masih tetap berpegang teguh dengan agama mereka, mempertahankan aqidah dan keyakinan mereka serta setia dengan bumi dan tanah air mereka, dan mereka tidak akan meninggalkan bumi Palestin sejengkal pun walau harus mati syahid kerananya.
No comments:
Post a Comment