Monday, November 28, 2011

Abbas Dan Meshaal Bersetuju Perkongsian Bersatu

Hamas, sebuah harakah Islam dan Fatah, sebuah parti nasionalis yang mempunyai sejarah buruk dalam hubungan sulitnya dengan Israel, telah bersetuju untuk saling bekerjasama dan saling menguatkan demi kepentingan negara Palestin.

25 November 2011 - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, telah bersetuju untuk bekerja sebagai rakan kongsi selepas perjumpaan itu di Kaherah semalam, Khamis 24/11/2011.

Abbas berkata selepas mesyuarat tersebut: "Tidak ada apa-apa perbezaan sama sekali di antara kami dan kami bersetuju melakasanakan tanggujawab yang penting antara kedua-dua kami, manakala Meshaal pula berkata: "Saya akan nyatakan kepada rakyat Palestin, Arab dan umat Islam yang kita telah membuka lembaran baru dalam perkongsian isu Palestin.

Abbas menambah, pertemuan tersebut adalah penting dan positif, khususnya tidak terdapat apa-apa perbezaan pendapat melalui perbincangan dalam pelbagai isu. Beliau menambah: "Hari ini kita bertemu dalam mesyuarat yang diberkati, dan suka saya katakan bahawa kami telah uruskan semua perkembangan politik, terutamanya isu Palestin secara terperinci".

Wednesday, November 2, 2011

Hamas: Hentikan Dukungan Terhadap Israel


Hamas menegaskan bahawa perjanjian Balfour tidak sah dan zalim, janji dari orang yang bukan pemilik kepada orang yang tidak berhak. Inggeris dan Negara-negara penyokong Israel mempunyai tanggungjawab sejarah atas apa yang berlaku pada rakyat Palestin berupa kejahatan dan polisi perkauman zionis Israel. Hamas menuntut Negara-negara tersebut supaya menghentikan sokongannya dan menghentikan keberpihakannya kepada zionis Israel.

Dalam keluaran yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Hamas menyebutkan, kejayaan perlawanan Palestin menawan tentera Israel, Shalit dan membebaskan para tawanan pejuang dari penjara Israel merupakan kemenangan bagi kaedah perlawanan yang akan dijadikan cara untuk membebaskan lebih banyak tawanan, dan membebaskan negeri serta mengembalikan hak-hak yang terampas.

Hamas menekankan sikapnya berpegang kepada dialog nasional menyeluruh sebagai cara melindungi hak dan menjaga persatuan dalaman, merealisasikan perdamaian nasional dan membina strategi Palestin bersatu, yang dipersetujui dengan landasan perlawanan untuk meraih kebebasan dan kemerdekaan.

Hamas menyebutkan, "Amaran ke 94 perjanjian Balfour, rakyat Palestin masih teguh dan sabar, berjuang dan berpegang teguh kepada perlembagaan negara. Serangan dan kejahatan Israel yang terus berlanjutan ke Gaza dan tindakan jahatnya di Tebing Barat, projek penempatan yahudi, yahudisasi Al-Quds dan wilayah Palestin yang lain, pengusiran rakyat Palestin dari negerinya, semua itu tidak akan memadamkan bara perlawanan dan perjuangan di jiwa rakyat Palestin, dan tidak akan menghapuskan hak kembali dan perjuangan membebaskan Al-Quds, tempat suci dan setiap jengkal tanah Palestin. "