Monday, November 28, 2011

Abbas Dan Meshaal Bersetuju Perkongsian Bersatu

Hamas, sebuah harakah Islam dan Fatah, sebuah parti nasionalis yang mempunyai sejarah buruk dalam hubungan sulitnya dengan Israel, telah bersetuju untuk saling bekerjasama dan saling menguatkan demi kepentingan negara Palestin.

25 November 2011 - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, telah bersetuju untuk bekerja sebagai rakan kongsi selepas perjumpaan itu di Kaherah semalam, Khamis 24/11/2011.

Abbas berkata selepas mesyuarat tersebut: "Tidak ada apa-apa perbezaan sama sekali di antara kami dan kami bersetuju melakasanakan tanggujawab yang penting antara kedua-dua kami, manakala Meshaal pula berkata: "Saya akan nyatakan kepada rakyat Palestin, Arab dan umat Islam yang kita telah membuka lembaran baru dalam perkongsian isu Palestin.

Abbas menambah, pertemuan tersebut adalah penting dan positif, khususnya tidak terdapat apa-apa perbezaan pendapat melalui perbincangan dalam pelbagai isu. Beliau menambah: "Hari ini kita bertemu dalam mesyuarat yang diberkati, dan suka saya katakan bahawa kami telah uruskan semua perkembangan politik, terutamanya isu Palestin secara terperinci".

No comments:

Post a Comment