Dahulunya Palestin adalah sebuah wilayah Islam yang dijaga oleh Turki Uthmaniyyah. Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, maka seluruh Negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki ketika itu habis ‘difara’idkan’ sesama Negara-negara penjajah. Palestin di masuki oleh Israel. Mesir dijajah oleh Inggeris, Libya dijajah oleh Itali, Afghansitan dijajah oleh Inggeris dan Soviet Union dan sekarang Amerika dan sebagainya. Berikut adalah sedikit sebanyak sejarah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pengkhianatan terbesar ke atas Daulah Islam:
Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar Khilafah Uthmani menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Sejak penolakan ini pula, kekuatan lobi Yahudi mulai bermain keras. Mereka mulai membangkitkan gerakan-gerakan anti Sultan Abdul Hamid II. Antaranya adalah penubuhan Ittihad wat Taraqiy dan Fatat At-Turk iaitu gerakan pemuda-pemuda Turki yang telah didoktrin dengan fahaman sekular. Keduanya adalah gerakan dan organisasi yang diasuh dan dibesarkan oleh Gerakan Freemasonry di Turki.
Agenda utamanya adalah menentang dan melakukan pemberontakan atas Sultan Abdul Hamid II. Parti ini untuk pertama kalinya terbentuk dan muncul sekitar tahun 1890. Digerakkan oleh mahasiswa Akademi Ketenteraan dan Kedoktoran Tentera. Mereka banyak melakukan gerakan rahsia untuk menjatuhkan kekuasaan Sultan Abdul Hamid II dari dalam terutama dari garis tengah tentera. Tahun 1897, gerakan ini terbongkar dan Sultan memerintahkan pembubarannya.
Tanggal 4-9 Feb 1902, di Perancis dilakukan konferensi besar dengan agenda meruntuhkan Utsmani. Konferensi ini digerakkan oleh Ittihad wat Taraqiyy. Hasil dari konferensi tersebut, mereka meminta agar Negara-negara Eropah terlibat secara aktif untuk mengakhiri dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II dari Daulah Turki. Bahkan mereka mendakwa diri telah menguasai sebahagian besar kekuatan ketenteraan di Negara Turki, termasuk pimpinan tertinggi ketenteraan, Mustafa Kamal Affandi.
Dengan lantang Ittihad wat Taraqiyy mengatakan akan memimpin Turki dengan idoleogi Revolusi Perancis yang berdasarkan liberte, egalite dan fraternite. Peristiwa ini lebih dikenali dengan peristiwa 13 Mac.
Sebuah aksi massa meledak dan menuntut penggulingan Sultan Abdul Hamid II, Pemuda-pemuda Turki yang berangkat ke Eropah saat itu, sebagaimana diberitahu oleh Sultan Abdul Hamid II, mereka mempelajari semua hal tentang Revolusi Perancis, kecuali satu hal iaitu siapa dibelakang Revolusi Perancis itu tidak dikaji. Lalu pemuda-pemuda secular Turki ini pulang ke Turki dan bergabung dengan segala pergerakan yang bertujuan untuk meruntuhkan Turki Uthmani.
Akhir episode ini adalah keputusan yang ditandatangani dalam Perjanjian Lausanne, 20 Nov 1922. Dua pihak yang hadir adalah pemerintah baru Ankara (salah satu wilayah didalam Turki) yang disebut-sebut kononnya beliau mewakili kerajaan Turki Uthamniyyah dengan pihak Inggeris. Selama perundingan, Inggeris melalui Lord Curzon menetapkan beberapa syarat dan kondisi:
1) Penghapusan khilafah secara sepenuhnya.
2) Pengasingan atau halau khalifah keluar Negara.
3) Penyitaan semua kekayaan Khalifah.
4) Pengisytiharan pensekularan Turki.
Dari pihak Turki Utsmani, mereka menolak dan menentang syarat-syarat yang diajukan kecuali beberapa tokoh sahaja termasuk Mustafa Kamal Afendi yang dunia lebih mengenalinya sebagai Mustafa Kamal Attaturk.
No comments:
Post a Comment