Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Jika ditelusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry. Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatik. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan.
Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan, ” Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki ! ” Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden.
Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan, ” selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulama’ Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna telah menentukan hukum perdata (baca:hukum berkaitan harta) dan pidana (baca:hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulama’ dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa ! “.
Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis ,desa-desa dibakar ,ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solehuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), kalendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal.
Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan. “Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam sistem pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative. Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian-kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri.
Tuan-tuan ! Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam keadaan seperti itu. Anda harus menyedari bahawa pemerintahan yang dibangun dengan landasan seperti itu tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih”.
Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan terpilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhinat besar dalam sejarah Islam.
Antara tarik-tarikh penting yang perlu kita ketahui:
1) 28 Okt 1922 - satu muktamar diadakan dan wakil Kerajaan Turki dijemput bagi memutuskan pembentukan Republik Turki dan penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan tidak dibenarkan wakil Turki bersuara.
- Majlis Kebangsaan Turki membuat keputusan memecat Sultan Muhammad IV (selepas Sultan Muhammad V ) dan sistem khalifah dihapus.
2) 17 Nov 1922 - Majlis Kebangsaan isytihar Turki adalah negara Republik dan jawatan sultan tidak diperlukan lagi sehingga Sultan Muhammad IV melarikan diri.
3) 24 Julai 1923 - Turki mesti membebaskan Qobrus, Syam, Iraq, Al-Jazair,Tunisia,Mesir dan Libya dari taklukannya dan dibahagi sesama Inggeris.
4) 3 Mac 1924 - Sistem Khalifah dihapus secara rasmi dan Ankara diisytihar sebagai ibu Negara Turki menggantikan Istanbul.
No comments:
Post a Comment